Musim Luruh/Dingin 2026 menuntut bebas sang lelaki, mendirikan khayalan dan mencari reda di luar kota dalam perihal ‘The Journey of a Man: Chapter 2’ daripada Hackett London.

Belenggu hingar bingar metropolitan terurai. Sang lelaki menepuk dadanya, menanyakan hatinya, “Mungkin inilah waktunya untuk berkelana jauh. Jauh daripada keributan.” Ia umpama satu seruan, apalagi berpijak di bumi nyata. Dia memilih untuk bercengekarama ke banjaran tinggi untuk menghayati rasa lumayan dalam hidupnya. Dia menyisi rutin kerja yang melelahkan, tidak terikat dengan jadual yang padat.
Dia memandu sejauh boleh, atau menunggang motosikal sederas mungkin dan kemudiannya, mengail di tasik yang tenang atau menghabiskan masa sekadarkan bersantai. Segalanya berlatarkan landskap hijau serasa tenteram yang membuatkan dirinya mengabaikan bebannya. Semua ini ditangkap menerusi lensa fotografer Mariano Vivanco, untuk kempen Hackett London Musim Luruh/Dingin 2026 – yang memerihalkan kisah persahabatan, pengembaraan dan eskapisme, yang berteraskan ilham hidup bukolik British.

Perihal ini dinamakan ‘The Journey of a Man: Chapter 2’ yang mengekor sang lelaki moden Hackett, yang mengorak kakinya keluar dari kehidupan kota dan menaburkan kesalinghubungan dengan kebebasan the great outdoors.
Pengembaraan moden mengukir ilham gaya Hackett London kali ini. Musim Luruh/Dingin 2026 melukiskan semangat Scottish Highlands pada tafsiran seni pakaian yang menyeimbangkan pemakaian laksana hidup kedesaan British dengan gabungan kefungsian. Ia bermain dengan rona-rona neutral, warna bumi dan rona-rona yang mencerminkan kedinginan. Setiap rekaannya juga menggarap tekstur sebagai titik fokus, lantas menambah dimensi pada himpunan ini.

Dari aspek pemilihan fabrik pula, keutamaan diberikan kepada moleskin lembut, flanel serta material rajut yang sofistikated dan menghadirkan keselesaan pada penampilan. Menjalin erti penghormatan buat warisan Hackett London, himpunan ini turut mengetengahkan motif arkib, Horse and Hound check tweed yang asalanya diperkenalkan pada tahun 1999. Pabila motif ini dihidupkan kembali, ia menegapkan sentuhan kedesaan British yang dirasakan ada authenticity dalam himpunan Musim Luruh/Dingin 2026.
