LANGGAN

Hackett Heritage Mengembalikan Legasi Kampus Inggeris

Hackett Heritage memperkenalkan rangkaian musim luruh/dingin 2025!
Published: October 6, 2025

Adat bertahun-tahun belakangan, menyeberangi era yang bersilih, laksana khazanah waktu kini. Menemukan kita pada titik balik sesebuah warisan hakiki yang melandasi Hackett Heritage Musim Luruh/Dingin 2025. Mengedepankan penghormatan buat kesukanan British dan kebanggan kekolejan serta kekariban sarat jiwa muda.

hackett heritage

Individu-individu sepantaran anak-anak muda kolej Inggeris menikmati hidup yang tiada syarat, menolak pemakaian pakaian baharu, dengan menyarung jersi lusuh, kemeja polo lama dan lencana jata yang terlipat rapi. Ia menuntut pengamatan suatu simbol yang menyiratkan nilai rasa termilik dan tradisi. Lebih sekadarkan semangat kesukanan. Sekali gus, menjeluskan diri, kerana tersedar seronok terpermanai rasanya menjadi muda sebegitu.  

Mengunjungi hal-hal lewat, namun menerobos memori tersebut. Itulah anjuran Hackett kali ini. Apalagi Hackett tidak ‘beretorik’ dengan kata-kata, sebaliknya mengilustrasikan naratif ini dengan seting gedung ilmu Dulwich College yang menyimpan beribu sejarah. Jagat kolej tersebut merenda riwayat peristiwa penting buat kota London – dibangunkan lebih empat dasawarsa lalu oleh Edward Alleyn, seorang pelakon dan figura tersohor Elizabethan, yang menyimpan iltizam untuk mengintegrasikan ilmu dengan amal. 

hackett heritage

Dulwich College adalah wadah warisan yang menyemai budaya, daya cipta serta nilai kemanusiaan. Tenaga ini dirangkul oleh Hackett, memperluas cakupan identiti Inggeris melalui pandangan mata kontemporari. Ia berevolusi. Lantang Hackett menghargai sepotong sejarah lama namun seturut dengan dressing the present. Tradisi yang dijentik oleh Hackett untuk memesrai generasi baharu agar menungkai tapak ke ruang lingkup ‘legasi’ ini dan tidak menoktahi semangatnya. 

Rugby Heritage adalah rangkaian highlight musim ini, yang berilhamkan teori budaya sukan Inggeris. Insignia huruf ‘H’ (signifikan buat Hackett), motif jalur-jalur serta butiran number varsity-style umpama menghormati era keemasan sukan Inggeris. Hackett Heritage malah menyemak semula arkib, mengimaginasikan kembali GB Rally dan Mr. Classic. Manakala Hackett Heritage Essentials mengamati aspek loungewear dan menjadikan ia rangkaian ideal untuk penggayaan moden. DNA permotoran pula adalah elemen integral buat himpunan Hackett, justeru Rally diteruskan dengan memperkenalkan ‘Velospeed’. Rekaannya menyatukan sifat klasik dengan sharp silhouettes. 

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down