Bagi Weishen, perjalanan berbasikalnya seperti sehelai daun yang mengikut arus sungai dengan membiarkan ia ke tempat yang tidak dijangka tanpa perancangan dan dari situlah pengembaraannya bermula.
Dunia fotografi menjadi titik permulaan buatnya sebelum dia menemui minat baru dalam dunia berbasikal. Pada awalnya dia sekadar ingin mencuba dan akhirnya berkembang menjadi satu minat yang membawanya mengembara dan meneroka dunia dengan cara tersendiri. Berbasikal juga membawa dirinya meninggalkan kesibukan kehidupan di bandar, menikmati perjalanan yang lebih dekat dengan alam serta meneroka tempat-tempat baru.
Weishen: Semuanya bermula ketika saya mengembara ke Algeria pada tahun 2020 dan terpaksa tinggal di sana selama lima bulan akibat COVID-19. Saya bertemu seseorang yang banyak mengubah perspektif saya dan mengajar saya perkara baru. Selepas pulang ke Malaysia, saya membeli basikal dan membuat keputusan untuk meninggalkan kehidupan di bandar. Dengan simpanan yang tidak banyak, saya mula mengembara dari satu tempat ke satu tempat dan menjalani kehidupan yang lebih dekat dengan alam.
Saya pernah hidup dengan basikal selama kira-kira satu setengah tahun, termasuk tinggal di dalam khemah di sebuah pekan kecil di Terengganu ketika pandemik. Penduduk tempatan sering berkongsi makanan dan menjemput saya ke rumah mereka. Banyak pengalaman yang telah mengubah cara saya melihat kehidupan.

W: Saya suka melakukan aktiviti luar seperti berkayak, rope flow, skipping, hiking berkaki ayam dan berenang di laut. Saya juga gemar meneroka air terjun.

Di Malaysia, saya sudah sampai ke Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis. Saya juga pernah tinggal di Sarawak selama enam bulan dan menerokai negeri itu dengan basikal.
Saya juga sudah beberapa kali ke Thailand. Antara pengalaman paling menarik ialah mengunjungi tujuh kawasan air panas dari Satun hingga Nakhon Si Thammarat. Mungkin selepas ini saya akan ke Sri Lanka dari Malaysia untuk satu pengembaraan yang lebih jauh dan panjang.
W: Saya sedang merancang perjalanan berbasikal selama tujuh hingga lapan hari merentasi Perlis dan Kedah dengan jarak sekitar 350 hingga 400 kilometer. Ia merupakan perjalanan endurance berintensiti sederhana. Ia juga sesuai untuk mereka yang gemar mencabar diri dan menikmati aktiviti berbasikal.

W: Cuba luangkan lebih banyak masa di luar. Pergi berkhemah, hiking, terokai air terjun dan lihat sama ada anda benar-benar menikmati aktiviti alam semula jadi. Jika anda menyukainya, mulakan dengan perjalanan hujung minggu. Pilih laluan yang mempunyai pemandangan menarik dan memberi ruang untuk anda menikmati perjalanan.
Jangan terlalu terburu-buru. Berbasikal bukan perlumbaan. Ia tentang menikmati perjalanan, melihat sekeliling dan membiarkan basikal membawa anda ke tempat-tempat baru.