Bersedia untuk menyelami rasa COA dari Hong Kong & gabungan restoran Afro-Caribbean kegemaran Kuala Lumpur, Joloko dalam hujung minggu penuh tenaga. W Kuala Lumpur menghidangkan sesuatu yang luar biasa dengan 'W REFRESH WEEKEND', sebuah festival 2 hari yang memadukan cita rasa berani, koktel penuh karakter dan susana yang membara! Bersama rakan kongsi Perrier dan Maison Perrier, acara ini pasti menjadikan ia satu pengalaman yang luar biasa!
20 Jun 2025 – W Living Room
Kelas Master Koktel Bersama COA (2PM – 4PM)
Belajar dari pakar! COA membawa pengalaman bartending ke tahap seterusnya dengan eksplorasi mendalam tentang semangat agave, naratif melalui rasa dan rahsia di sebalik penciptaan koktel bertaraf dunia. Bukan sekadar kelas tetapi juga seni dalam membuat koktel yang terbaik.
COA Guest Shift Takeover (8PM)
Nikmati koktel unik dari COA, berasaskan mezcal dan diinspirasikan oleh warisan Latin Amerika yang kaya dengan sentuhan kontemporari.
Padanan Manis oleh W Kuala Lumpur
Pencuci mulut bukan sekadar penutup, tetapi sebagai persembahan. Chef pastri kami mempersembahkan manisan avant-garde yang padan sempurna dengan rasa koktel malam itu memberikan kejutan menggembirakan dan momen Instagram yang tiada tandingan.
21 Jun 2025 – Wet Deck Aras 12
Pop-Up Joloko di Wet Deck (Sepanjang Hari)
Joloko akan menghidangkan BBQ Afro-Caribbean dengan sentuhan berasap dari rusuk berjus dan makanan laut pedas hingga pilihan berasaskan tumbuhan seperti Taco Nangka. Gabungan menarik diantara muzik santai dan makanan yang menyelerakan.
COA Kembali Di Bar
COA kembali ke Wet Deck dengan satu lagi sesi yang penuh kejutan. Rasai agave, herba tropika dan koktel yang menjadikan malam yang tidak akan dilupakan.
Untuk tempahan dan maklumat lanjut, hubungi 03-2786 8888 /012-347 9088 atau email di bf.wkualalumpur@whotels.com