LANGGAN

Memotret Kemajmukan New York Untuk GucciCore

Dari Itali ke Amerika!
Published: October 27, 2026

Membingkis sibiran salam buat kota paling lagut di dunia. Kepelbagaian yang terbuni dalam kota ini menyedarkan sejagat tentang kehomogenan penghuni-penghuninya, sehingga membekas pada jiwa Demna Gvasalia. Riwayat ini menjadi bancuhan idea Gucci, sebagai potret kempen GucciCore!

guccicore

GucciCore 'transit' di Amerika

Gucci melanglang buana, berpergian ke New York. Membutirkan hajat untuk menghayati erti perpaduan dan kemajmukan kala berangkat ke sana. Sementelahan pula, kotanya yang menjadi wadah tumpuan untuk menanam azam Amerika. Rakyatnya pelbagai rona, lantas menaruh indah pada dasar diversifikasi. Segala garis kecirian ini menjadi pelukisan kempen GucciCore, yang berpaut teguh pada gagasan plurality di New York. 

Memegahkan New York kerana Gucci menyemak sejarahnya, mengenang kembali kisah ia mula bertapak di luar Itali dan memilih kota epal tersebut sebagai lokasi. Umur lebih tujuh dasawarsa ia dibangunkan dan GucciCore umpama ‘pengingat’ kepada kisah lampau itu. Turut menyempurnakan riwayat sejarah ini adalah bagaimana New York menyimpan sebuah lagi perihal klasik Gucci Galleria yang pernah menjadi butir terpenting sekitar era 80-an. 

guccicore

Sintesis tiada bertara antara karakter, identiti dan pelahiran rasa menyendi kempen yang dirakam oleh jurugambar, Peter Funch ini. Dicocokkan dengan himpunan GucciCore lagi, menegapkan cerminan kekosmopolitan New York yang dinamik dan bercantuman dengan bahasa fesyen Gucci. 

Apa yang ditampilkan menerusi siri imej ini adalah gerombolan individu berlatarkan landskap New York dan berasaskan kecermatan perspektif Peter terhadap hubungan antara individu serta komuniti kota. Peter mengintegrasikan ia dengan pesona setiap individu yang mencorakkan sesebuah kota. Seumpama ia menyulam sebuah naratif yang tersisip di celah hiruk-pikuk New York tentang personaliti setiap individu yang meraikan kebebasan ekspresi dalam mentafsirkan pemakaian masing-masing. 

guccicore

Antara yang terlihat menghiasi kempen GucciCore adalah himpunan pertama yang dipentaskan di Times Square – kot trenc, sut bisnes, kemeja, skirt pensil, peacoat dan semua wardrobe staples – yang enata sifat glamor dan elegan Italian. Keterserlahan kehalusan estetika Gucci terpelihara. Dari Madison Avenue ke Brooklyn, SoHo ke Harlem dan Fifith Avenue, GucciCore memintas setiap sudut New York untuk menggambarkan pemakaian Gucci di kalangan semua orang. Tanpa menyangka latarnya. 

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down