LANGGAN

5 INOVATOR STAIL - Bersama Hadri Hashim, Penggiat Arena Modelling Malaysia!

Eksklusif bersama Hadri Hashim - tentang stail dan dunia fesyen lokal
Published: August 22, 2025

Di balik kecemerlangan fesyen Malaysia, hadir individu-individu lelaki yang memberi sumbangan dan membentuk naratif. Berjenis-jenis latar dan haluan mereka pun berbeza, namun matlamatnya sama: menggerakkan dunia fesyen ke hadapan. Mereka pupuk semerbak azam dan menuai harapan. ELLE Men mendekati Hadri Hashim, Terimunite Chandran, Bry, Dikson Mah dan Edmund Lee sebagai ‘inovator stail’ tahun ini!

hadri hashim

HADRI HASHIM, Usahawan, Pegasus Bersama Topboi Citizen, Pempengaruh Fesyen dan Model

Perancangan kerjanya rapi. Dia tahu bila waktunya menguruskan bisnes, bijak mengendalikan tugasnya bersama model-model lokal dan terkadang tampil diri di acara-acara tertentu. Geliga dalam hal-hal seperti menyusun masa, kerana dia tahu ini bukan sekadarkan cuma satu tangggungjawab, malah bagus untuk penjenamaan diri. Itulah Hadri Hashim, seorang yang berakal bisnes dan tiada kerumitan dalam menggalas tugas yang banyak. 

“Satu hari, saya mahu melihat lebih banyak model-model kita berjalan di atas antarabangsa. Agensi-agensi harus ‘melabur’ untuk mengetengahkan bakat-bakat ini,” jelas Hadri dalam temu bualnya bersama kami. Membangunkan kafe Thvrsdays serta mengasaskan agensi model Topboi Citizen bersama-sama Ridduan ‘TTFGA’ Ismail, Hadri mahu mengintegrasikan dunia kreatif dengan kemahiran keusahawanannya. “It is my passion,” sambung Hadri lagi. Saban hari, berganti tahun, perniagaan yang dijalankan Hadri semakin berkembang. Apalagi kini, dia sudah memiliki jenama fesyen sendiri (kerjasama dengan isterinya, Sharmaine Arissa dan Ridduan Ismail) yakni TACT, menjelaskan bahawa Hadri adalah seorang yang ‘unstoppable’.

hadri hashim
Hadri menggayakan jiperak, seluar dan blazer daripada DOLCE & GABBANA

ELLE Men: Apa yang menggerakkan anda untuk mengasaskan agensi modelling ini? Apakah terdapatnya jurang besar yang anda lihat dalam industri modelling Malaysia?
Hadri: 
Idea memulakan agensi ini terbit daripada pengalaman peribadi saya. Saya sendiri pernah berada dalam industri ini dan menyedari bahawa begitu banyak bakat tempatan yang wujud, namun tiada representation yang serasi dengan mereka. Jurang yang ketara barangkali dalam pembangunan dan pengurusan model-model lelaki Malaysia yang berteraskan niat, integriti dan visi jangka panjang. Kami ingin menjadi peneraju yang membentuk serta membimbing individu. Jadi, Topboi Citizen memberi tumpuan kepada representasi yang jujur dan autentik. 

Anda adalah seorang pengasas, usahawan dan juga seorang mentor. Bagaimana anda mengimbangi tuntutan tugas dalam menguruskan perniagaan dengan mengekalkan minat kreatif anda?

Keseimbangan itu adalah satu amalan yang berterusan. Saya tidak percaya pada melakukan semua hal secara serentak. Saya percaya kepada kerja yang bersistem, pasukan yang berfungsi dan kejelasan matlamat. Sepanjang tahun saya atur kerja-kerja, mengamalkan delegasi yang sebetulnya. Saya akan terlibat secara strategik dan kreatif, sama ada untuk modelling, mengarahkan penggambaran, membentuk Tact (jenama pakaian), memberi khidmat kepada Ottojett dan menguruskan Thursdvys. 

Berdasarkan perspektif anda, bagaimana industri peragaan Malaysia berkembang dan apakah perubahan yang anda harap dapat lihat? Dari aspek representasi, profesionalisme dan peluang.

Industri peragaan Malaysia kini lebih matang, berbeza sebelumnya. Kini terdapat lebih banyak kesedaran tentang penjenamaan, penggunaan platform digital dan kolaborasi. Tetapi saya rasa kita masih dalam fasa ‘kejar-mengejar’ dari segi standard profesional dan representasi inklusif. Saya berharap untuk melihat lebih banyak wajah lokal di persada antarabangsa, agensi yang melabur dalam bakat mereka dan penghormatan yang tinggi buat peragaan dengan menganggap ia sebagai satu bidang seni. 

hadri hashim

Anda dikenali dengan gaya anda. Bagaimana anda mentakrifkan identiti fesyen anda dan mengapa anda rasa ia penting untuk lelaki, terutamanya dalam kepimpinan serta mengekspresikan diri melalui fesyen?

Saya menggambarkan identiti fesyen saya sebagai refined utility. Saya cenderung kepada potongan yang kemas, palet neutral dan lapisan yang tersusun rapi. Bagi saya, gaya adalah satu bentuk komunikasi dan sebagai seseorang dalam kepimpinan, penting untuk tampil dengan niat yang jelas. Fesyen bukan sekadar tentang trend, ia adalah tentang menunjukkan siapa diri anda sebelum anda sempat berkata apa-apa. Saya percaya lelaki, terutamanya yang berada dalam posisi berpengaruh, harus berasa yakin untuk menerokai gaya peribadi; ia membina keyakinan, memecah stereotaip dan menjadikan kepimpinan lebih manusiawi.

Apa yang anda fikir membuatkan fesyen lelaki Malaysia unik berbanding negara lain?

Saya memandang fesyen lelaki Malaysia  pemberontakan yang tenang. Terdapat gabungan halus antara tradisi, budaya jalanan dengan perwatakan rendah diri. Kita mempunyai akses kepada pelbagai pengaruh budaya seperti budaya Melayu, Cina, India, Orang Asli dan juga global. Apabila ia diekspresikan secara autentik, ia mewujudkan bahasa gaya yang tersendiri. Iklim kita juga mempengaruhi pilihan fesyen, fabrik yang breathable, gaya layerings tanpa terlalu tebal dan keselesaan yang menjadi sumber keyakinan.

Adakah akar budaya atau kepercayaan anda mempengaruhi pilihan fesyen anda? Jika ya, bagaimana?

Sudah tentu. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga yang menitikberatkan rasa hormat, penampilan dan niat. Kesederhanaan, struktur dan usaha menjadi kepentingan. Contohnya, cara anda menggosok pakaian juga diambil kira. Sebagai seorang lelaki Muslim dan Melayu, saya membawa satu rasa maruah yang sederhana dalam cara saya berpakaian. Saya juga percaya pada keberkatan (barakah), dalam memilih pakaian yang membawa tenaga yang baik, dibuat dengan teliti dan dipakai dengan niat yang ikhlas.

hadri hashim
Hadri menggayakan jaket dan kemeja daripada SANDRO PARIS

Penataan gaya : Ardi Idewani | Arahan seni : Iera Nadzlim | Dibantu oleh : Nabihah Nizam | Pembantu penataan gaya : Muzammin Muzlan & Athirah Zahra | Fotografer : Edmund Lee (Hexa Studio) | Pembantu studio : Zane | Grooming : Fiona Tan & Carmen Ng daripada Shu Uemura | Dandanan : VV Chan menggunakan Schwarzkopf Professional Session Label | Pelatih amali : Nuha Adam 

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down