LANGGAN

5 INOVATOR STAIL – Edmund Lee, Memotret Dunia Fesyen & Antara Fotografer Disegani Masa Kini

5 INOVATOR STAIL - Bersama Edmund Lee & dunia fotografinya.
Published: September 3, 2025

Di balik kecemerlangan fesyen Malaysia, hadir individu-individu lelaki yang memberi sumbangan dan membentuk naratif. Berjenis-jenis latar dan haluan mereka pun berbeza, namun matlamatnya sama: menggerakkan dunia fesyen ke hadapan. Mereka pupuk semerbak azam dan menuai harapan. ELLE Men mendekati Hadri Hashim, Terimunite Chandran, Bry, Dikson Mah dan Edmund Lee sebagai ‘inovator stail’ tahun ini!

Edmund lee

EDMUND LEE, Fotografer

“Gaya saya kemas, sofistikated dan ada estetika — sering berpusat di studio, dengan pencahayaan kuat dan komposisi dramatik.,” kata Edmund Lee, berkongsi cerita tentang identitinya. Sudah bertahun-tahun melakar landskap fotografi fesyen Malaysia, Edmund kini keluar dari kepompong. Dia mengisi ruang aspirasi buat fotografer-fotografer muda merenda impian untuk menjadi sepertinya. Edmund bergerak maju dalam karier fotografi, memperhebat lapangan kerjanya yang bukan hanya fokus kepada dunia fesyen, malah bersemi ke profil selebriti, kulit album dan kempen-kempen fesyen lokal.

Edmund meneliti setiap perincian serta berani menggunakan kontras berani dalam mencuri tumpuan. Membuatkan kita mudah kenal hasil-hasil gambarnya. Kematangan mengajar, bersilih tahun, Edmund tidak gentar mencuba untuk menjadi sedikit versatil. Kini, Edmund memiliki produksi serta studio sendiri yakni 134 Studio. Terbukti, dia mendewasa dengan jayanya, berdikari dan tidak pernah lelah membangunkan nama. “Saya menggunakan karya untuk meraikan identiti unik kita,menggabungkan warisan dengan pengaruh moden,” tambah Edmund. 

Edmund lee
Edmund Lee menggayakan baju panas daripada Onitsuka Tiger

ELLE Men: Bagaimana anda melihat karya anda membentuk atau mencerminkan trend semasa dalam industri fesyen tempatan?

Edmund: Melalui lensa, saya sentiasa menggalakkan kebebasan berkarya dan ekspresi peribadi sebagai keutamaan, dalam membentuk ruang seni kita sendiri. Semuanya tentang sentiasa mempengaruhi audiens menerusi nuansa visual. Dan mencorakkan aspirasi fesyen Malaysia dengan menjadikannya relevan, sofistikated serta tersendiri. Saya ibarat pemangkin yang membantu mereka menzahirkan bagaimana rupa dan rasa fesyen kita kepada dunia.

Boleh kongsikan satu projek atau penggambaran yang anda rasa memberi impak besar kepada dunia fesyen tempatan?

Salah satu projek yang saya rasa memberi impak besar adalah menampilkan kumpulan penyanyi tempatan yang dinamik. Kolaborasi ini sangat bermakna kerana ia berjaya menangkap semangat muzik Malaysia yang sedang meningkat naik, terutamanya sempena pelancaran album terbaru mereka yang turut dihasilkan dengan matlamat untuk menembusi pasaran global. Ia mendapat pengiktirafan antarabangsa – menampilkan mereka dalam konteks fesyen jalanan bersama pereka fesyen tempatan yang ternama membantu memperkukuh imej kita sebagai penentu arah fesyen, bukan saja di Malaysia, tetapi juga di pentas dunia.

Bagaimana anda bekerjasama dengan pereka fesyen, model dan penata gaya tempatan dalam menghidupkan kisah-kisah tempatan yang unik melalui fotografi anda?

Pendekatan saya terhadap fotografi adalah untuk menonjolkan semangat unik Malaysia. Saya bekerjasama rapat dengan pereka tempatan yang mentafsir semula warisan kita, model yang mencerminkan keindahan kepelbagaian rakyat kita dan penata gaya yang menyulam unsur budaya ke dalam naratif moden. Saya juga terinspirasi oleh latar tempatan – daripada  seni bina bersejarah hinggalah ke jalan-jalan penuh warna atau landskap yang bukan sekadar latar belakang, tetapi menjadi watak penting dalam cerita visual kita. 

Edmund lee

Boleh kongsikan projek atau penggambaran yang pernah anda lakukan yang dirasakan memberi impak besar kepada dunia fesyen tempatan?

Salah satu projek yang saya kira agak menonjol, kerana impaknya yang besar, adalah menampilkan kumpulan penyanyi tempatan yang dinamik. Kolaborasi ini amat bermakna kerana berjaya menangkap inti pati muzik Malaysia yang sedang meningkat naik, khususnya sempena pelancaran album terbaru mereka yang turut dihasilkan dengan aspirasi menembusi pasaran global. Penerimaan antarabangsa yang diterima, disertai dengan pementasan mereka dalam konteks fesyen jalanan serta sokongan pereka fesyen tempatan ternama, telah membantu mengukuhkan imej kita sebagai pencetus trend fesyen, baik di peringkat tempatan mahupun global.

Apakah cara anda untuk menghidupkan kisah-kisah unik tempatan melalui fotografi anda pabila berkolaborasi bersama pereka fesyen, model serta penata gaya lokal? 

Pendekatan saya terhadap fotografi berakar kukuh pada usaha menonjolkan semangat unik Malaysia. Saya bekerjasama rapat dengan pereka fesyen tempatan yang mentafsir semula warisan kita, manakala para model pula mewakili kepelbagaian dari aspek kecantikan, serta jurugaya yang menyulam elemen budaya ke dalam naratif moden. Saya juga terpesona dengan latar tempatan — daripada seni bina bersejarah sehinggalah ke jalanan dan landskap yang penuh warna — yang bukan sekadar latar belakang sahaja, namun dijadikan watak penting dalam penceritaan visual. Usaha kolektif ini memastikan setiap imej melaungkan suara Malaysia yang autentik.

Pada pandangan anda, apakah yang menjadikan identiti fesyen tempatan begitu tersendiri dan bagaimana anda menangkap kejatiannya dalam karya anda?

Saya percaya identiti fesyen tempatan Malaysia tersendiri kerana gabungan unik warisan pelbagai budaya yang kaya dengan pengaruh global kontemporari, terbias dalam segala-galanya, daripada elemen silang budaya sehinggalah ke high fashion dan gaya kasual. Saya menangkap esen ini dengan menyuntik secara halus ke dalam visual, kerana saya lebih menyukai pendekatan tidak langsung yang mencetuskan perbualan serta mendorong kita berfikir lebih mendalam.

Bagaimana anda berharap fotografi anda memberi inspirasi kepada generasi seterusnya dalam kalangan penggiat kreatif tempatan?

Saya mahu mereka melihat hasil-hasil kerja saya dan berharap ia dijadikan rujukan aspirasi untuk mereka menghasilkan imej yang menegaskan ciri-ciri unik penuh ketelitian dan menjalin dialog setelah dipertontonan di hadapan audiens. 

Edmund lee
Edmund Lee menggayakan sut daripada Boggi Milano

Penataan gaya : Ardi Idewani | Arahan seni : Iera Nadzlim | Dibantu oleh : Nabihah Nizam | Pembantu penataan gaya : Muzammin Muzlan & Athirah Zahra | Fotografer : Edmund Lee (Hexa Studio) | Pembantu studio : Zane | Grooming : Fiona Tan & Carmen Ng daripada Shu Uemura | Dandanan : VV Chan menggunakan Schwarzkopf Professional Session Label | Pelatih amali : Nuha Adam 

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down