LANGGAN

5 INOVATOR STAIL - Terimunite Chandran Sebagai Penerus Empayar Fesyen Malaysia!

Di balik kecemerlangan fesyen Malaysia, hadir individu-individu lelaki yang memberi sumbangan dan membentuk naratif. Berjenis-jenis latar dan haluan mereka pun berbeza, namun matlamatnya sama: menggerakkan dunia fesyen ke hadapan. Mereka pupuk semerbak azam dan menuai harapan. ELLE Men mendekati Hadri Hashim, Terimunite Chandran, Bry, Dikson Mah dan Edmund Lee sebagai ‘inovator stail’ tahun ini! Menguasai […]
Published: October 3, 2025

Di balik kecemerlangan fesyen Malaysia, hadir individu-individu lelaki yang memberi sumbangan dan membentuk naratif. Berjenis-jenis latar dan haluan mereka pun berbeza, namun matlamatnya sama: menggerakkan dunia fesyen ke hadapan. Mereka pupuk semerbak azam dan menuai harapan. ELLE Men mendekati Hadri Hashim, Terimunite Chandran, Bry, Dikson Mah dan Edmund Lee sebagai ‘inovator stail’ tahun ini!

Terimunite Chandran

Menguasai aliran fesyen tanah air tidak semudah yang disangka, sungguhpun sudah terbina lamanya empayar yang mendasari kehidupan, karier dan nama. Mengekor jejak bapanya, Dato’ Sri Bernard Chandran, Terimunite Chandran menimba ilmu fesyen dan mengerti benar bagaimana rasanya dibesarkan dalam famili yang menguruskan perniagaan. Secara tidak langsung, ia meniupkan semangat dalam jiwanya untuk menjadi figura generasi baharu yang terpenting dalam cakerawala fesyen masa kini. 

“Himpunan terbaru jenama kami dipentaskan di Kuala Lumpur Men’s Fashion Week dan ia merupakan key moment kami dalam mencorakkan imej moden lelaki-lelaki Malaysia,” kongsi Terimunite dengan kami. Terimunite bergerak sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan untuk jenama Figure dan mengangkat jenama tersebut menjadi suatu visi yang tidak tersisih daripada jenama Bernard Chandran, namun fokusnya lebih terarah kepada rekaan pakaian lelaki. Sambung Terimunite, “Menerusi Figure, kami membangunkan pesona yang bertunas daripada warisan dan ditafsirkan oleh inovasi serta penghargaan buat nilai kraf.”

Terimunite Chandran
Terimunite menggayakan Thom Browne

Terimunite Chandran, Pengurus Pembangunan Perniagaan di Figure

ELLE Men: Apa yang membuahkan inspirasi kepada anda untuk menelusuri jalan kerjaya sekarang dan bagaimana visi itu berkembang dari semasa ke semasa?

Terimunite: Saya mengutamakan aspek warisan. Dalam dua tahun kebelakangan ini, saya mula faham kedalaman industri ini. Ia bukan sekadar seni, tetapi juga ada terapan nilai-nilai yang terkandung di dalamnya. Saya sedar bahawa ia adalah sesuatu yang wajar dipelihara, diperbaharui dan difahami oleh generasi mendatang. 

Membesar sebagai anak kepada Dato’ Bernard Chandran, bagaimana legasi beliau membentu pandangan awal anda tentang gaya dan kreativiti? Dan dalam cara apa anda terdorong untuk membina jalan sendiri?

Keaslian sentiasa menjadi teras segalanya. Ayah saya mengajar saya bahawa suatu gay aitu harus terasa semula jadi tetapi ada niat. Membesar dalam persekitaran tersebut, ia secara bertunas ke langkah saya untuk menyandang tugas sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan di Figure. Saya memandang seni dan warisan di sebalik setiap hasil kerja dan saya terdorong untuk berkongsi semua itu dengan dunia melalui cara saya sendiri.

Dunia fesyen di Malaysia kini dipenuhi dengan suara-suara baru—bagaimana inisiatif atau perspektif anda menyumbang kepada evolusi naratif fesyen tempatan?
Melalui Figure, saya memberi tumpuan untuk menjadikan fesyen dan gaya lebih mudah diakses dan sebati dalam budaya kita. Gaya atau ‘styling’ tidak selalu menjadi keutamaan di sini—dan saya mahu ubah perkara itu. Dengan membantu orang memahami cara membeli, cara berpakaian dengan niat, dan cara menghargai seni di sebalik gaya, saya harap dapat mencetus perubahan dalam cara kita melihat fesyen.

Terimunite Chandran

Sebagai seorang individu yang berjaya membina imej dan stail, bagaimana anda mendekatkan diri dengan pembangunan penjenamaan kendiri?

Penjenamaan kendiri adalah tentang storytelling. Saya memandang stail saya seumpama sebuah karakter – layered, evolving, intentional. Setiap penampilan mencerminkan sesuatu, setiap helaian memaknakan sesuatu. Saya tidak berfesyen untuk mengambil hati raong lain, namun bertujuan untuk mengekspresikan diri. 

Apa yang menjadikan fesyen lelaki Malaysia unik?

Kekuatan kita adalah pada kepelbagaian budaya yang menjadi terapan nilai. Tradisi yang menjadi dasar kehidupan kita, digambarkan menerusi cara lelaki Malaysia berpakaian. Di Figure, kami menyatukan elemen-elemen bangsa Melayu, Cina dan India dengan tailoring klasik. 

Bagaimana pula dengan cabaran lelaki-lelaki Malaysia, terutama sekali bab berfesyen?

Barangkali tiada pendedahan pengetahuan yang mendalam dan kurang keyakinan diri. Terkadang, faktor-faktor seperti iklim dan kepraktisan menjadi alas an utama mengapa lelaki-lelaki Malaysia tidak bersemangat untuk berfesyen. Namun, saya percaya pengajaran dan ilmu penataan gaya yang sebetulnya mampu mengubah persepsi lelaki-lelaki Malaysia tentang fesyen. Sebaik sahaja mereka faham bagaimana stail mempertingkatkan kualiti kehidupan mereka, ia akan menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka. Dan bukannya satu bebanan.

Siapakah fashion changemakers yang menginspirasikan anda?

Aime Leon Dore kerana kebijaksanaannya menggabungkan gaya jalanan dengan warisan. Saya juga menyukai jenama fesyen Jacquemus kerana pegangan identiti mereka yang tahu bagaimana nak menyatukan elegan, playful dan mengekalkan akar umbi. Sudah tentu, seorang lagi adalah ayah saya sendiri kerana sentiasa berani melangkaui sempadan dan berkembang dalam mengetengahkan kraf, kreativiti dan keberanian. 

Terimunite Chandran
Terimunite menggayakan BOSS

Penataan gaya : Ardi Idewani | Arahan seni : Iera Nadzlim | Dibantu oleh : Nabihah Nizam | Pembantu penataan gaya : Muzammin Muzlan & Athirah Zahra | Fotografer : Edmund Lee (Hexa Studio) | Pembantu studio : Zane | Grooming : Fiona Tan & Carmen Ng daripada Shu Uemura | Dandanan : VV Chan menggunakan Schwarzkopf Professional Session Label | Pelatih amali : Nuha Adam 

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down