
Levi’s dan Jordan Brand bersifat ekahala. Kedua-dua jenama ini saling menyaingi, beralas cinta pada seni dan subbudaya yang selama ini terangkum menjadi landasan. Sekali lagi, Levi’s dan Jordan Brand tidak memudarkan hubungan bersama, memperkenalkan himpuna terbaru yang menyebatikan warisan denim dengan pengaruh budaya streetwear.
Memintal kerjasama agar merajai buana fesyen anak muda. Levi’s dan Jordan Brand masing-masing menepis gugat keharmonian pola pemikiran. Kedua-duanya berpaut teguh kepada pendirian yang mempercayai kesetujuan matlamat untuk ‘mencipta sesuatu yang hebat’ dan ia tidak menghuni dalam horizon yang terasakan terbatas. Sebaliknya, Levi’s dan Jordan Brand percaya bahawa kehebatan itu berkeliling di mana-mana, mencorakkan jati diri kita.
Lantas, mengimaginasikan semula aspek klasik yang tergabung elok dengan ilham kesukanan adalah tingkatan kehebatan yang diketengahkan oleh Levi’s dan Jordan Brand. Memetaforakan pengertian ‘kehebatan’ dengan asosiasi “it is woven in the fabric of who we are.” Sementelahan kedua-dua jenama ini bersungguh dalam mencabar batas, makanya beroleh kemenangan dalam menjayakan nilai kraf denim dalam keserapan legasi sukan bola keranjang serta dunia streetwear.
Fokus utama himpunan ini adalah rona Air Jordan 3 Black yang mengintegrasikan material kulit bertekstur, panel denim hitam serta butiran unik seperti Sulaman Nike Air dan Levi’s Red Tab – yang menampilkan kesetimbalan antara klasik dengan inovasi moden.

Rangkaian pakaian sedia pakai merangkumi jersi ragbi dalam potongan boxy, jaket Type III Trucker denim hitam dengan logo Wings besar dan Overshirt serta hoodie fleece yang menegaskan faktor keselesaan dan berbancuh dengan elemen estetika vintaj. Kemeja lengan pendek menghidupkan Kembali grafik ikonik ‘Button Your Fly’, lantas menghubungkan koleksi ini dengan legasi kreativiti Levi’s.
Himpunan seluar kolaborasi ini memperlihatkan seluar Black Baggy Jean bersama baggy Shorts dalam potongan longgar, dilengkapi butiran co-branding. Direka khusus untuk suai padan dengan Air Jordan 3. Manakala aksesori topi denim menyempurnakan lagi seluruh himpunan dengan citra klasik, dengan kemasan premium.