Dua nama gergasi dalam budaya pop Amerika Syarikat. Levi’s dan Nike sekali lagi bersatu dalam menggabungkan warisan denim yang kaya daripada Levi's bersama reka bentuk legenda Air Max 95 Nike. Penyatuan dua jenama ini sudah lama membentuk landskap pakaian sukan dan gaya hidup Amerika selama beberapa generasi. Justeru kolaborasi terbaharu Levi’s x Nike ini mewakili titik pertemuan paling tepat di antara budaya denim dan kasut sneaker.
Tumpuan utama koleksi baharu ini adalah Levi’s x Jaket Trucker Nike dan Levi’s x Jean Baggy Nike. Kedua-dua pakaian ini menampilkan semula siluet denim klasik dengan potongan kontemporari. Ia menggunakan denim selvedge asli serta corak pemakaian daripada warna sederhana hingga ke cerah yang sepadan. Juga dipertingkatkan dengan perincian jahitan rantai warna putih pudar yang menjadi tanda gaya tersendiri. Serta tampalan kulit berwarna perang dengan logo ’swoosh’ Nike yang menggantikan elemen tradisional Levi's.
Jaket Trucker mengekalkan struktur ikonik Type II dengan denim selvedge di bahagian dalam plaket serta logo jahitan rantai Nike yang menonjol di bahagian belakang. Manakala, jeans baggy direka dengan potongan besar dan longgar untuk melengkapi kasut dalam koleksi ini. Ia menawarkan bukaan kaki serta lipatan sempurna yang menyerlahkan lagi profil kasut sneaker.
Koleksi ini juga hadir dalam tiga versi terkini Nike Air Max 95. Setiap satunya direka dengan teliti menggunakan material denim premium daripada Levi’s serta elemen reka bentuk unik yang menghormati DNA kedua-dua jenama. Padanan Levi’s x Nike Air Max 95 White/Ecru menampilkan rona Denim Ecru yang lembut bersama putih pusam dan tapak getah. Ini memberikan gaya neutral yang sesuai dipadankan dengan denim Levi’s kegemaran anda. Levi’s x Nike Air Max 95 Black pula hadir dengan denim hitam 14-auns, memberikan penampilan monokromatik yang berani dan bergaya.
Levi’s® x Nike Air Max 95 Denim seterusnya menampilkan denim indigo 14-auns dengan corak basuhan cerah yang dibawakan sama seperti di dalam koleksi pakaian. Tapak dan lapik tengah berwarna biru kelasi pusam menggantikan kemasan separa berkilat yang menjadi kelaziman. Manakala bahagian atas kasut menggabungkan variasi fabrik yang eksklusif untuk kolaborasi ini.
Koleksi asli, the OG, “Big Bubble” Air Max memberikan penghormatan kepada Air Max 95 Nike yang asal sambil menawarkan kusyen tebal di bawah tapak kaki. Dengan siluet yang lebih ramping, setiap kasut menampilkan perincian eksklusif bagi meraikan kedua-dua jenama. Red Tab ikonik Levi’s muncul di bawah tanda ’swoosh’ Nike pada kasut kanan sahaja, sementara bahagian tapak memaparkan penjenamaan merah Levi's. Pelapik stokin pula menampilkan cetakan wang kertas Levi's di atas latar merah. Ketiga-tiga warna ditampilkan dalam kotak edisi khas. Kotak klasik Air Max 95 Nike yang direka semula dalam warna merah Levi's dengan tambahan perincian sayap kelawar.
Kempen bagi koleksi ini menampilkan artis hip-hop, Larry June; atlet WNBA, Paige Bueckers; bintang NFL, Keon Coleman; dan pereka Daniel Buezo.