Diinspirasikan oleh suasana hutan musim sejuk yang penuh fantasi, pop-up Coach Holiday ini direka untuk membangkitkan deria. Pengunjung akan disambut dengan suasana mempesona di mana makhluk-makhluk unik berkeliaran. Manakala kejutan tersembunyi menanti di setiap sudut. Haruman pokok pain yang menenangkan dan kesegaran musim sejuk memperkaya atmosfera. Diiringi bunyian burung berkicau, derapan salji dan desiran pokok pain yang membawa pengunjung ke dunia penuh keajaiban serta keceriaan perayaan.
Sepanjang hari bekerja (hari minggu), pengikut akaun Instagram @coachseasia berpeluang menebus satu polaroid Coach Holiday percuma semasa kunjungan ke mana-mana pop-up. Pada hujung minggu pula, para pengunjung boleh mendaftar untuk menyertai cabutan bertuah bagi memenangi hadiah eksklusif. Termasuklah pelekat Coach Holiday Puffy, kertas pembalut hadiah, poskad, baucar Coach Coffee Shop atau hadiah utama misteri!
Pop-up Holiday ini dibuka sehingga 4 Januari 2026. Manakala aktiviti hadiah istimewa akan berlangsung setiap hujung minggu, termasuk hujung minggu panjang Malam Krismas dari 24 hingga 28 Disember 2025 serta hujung minggu panjang Tahun Baharu dari 31 Disember 2025 hingga 4 Januari 2026.
Lokasi Coach Holiday Pop-Up:
📍 The Gardens Mall
📍 The Exchange TRX
📍 Genting Highlands Premium Outlets