LANGGAN

Made In Italy: Kolaborasi Antara Jenama Piquadro dan Ducati

Dua ikon dari Motor Valley bergabung menghasilkan koleksi yang memadukan prestasi, inovasi dan keanggunan rekaan untuk pergerakan tanpa henti.
Published: September 30, 2025
Piquadro

Apabila dunia teknologi kulit mewah bertemu dengan dunia permotoran, lahirlah sebuah koleksi eksklusif hasil kolaborasi di antara jenama Piquadro dan Ducati. Kedua-dua jenama yang lahir dari Itali ini menyatukan keunggulan Made in Italy melalui rangkaian beg galas dan troli berprestasi luar biasa.

Dicipta untuk mereka yang hidup dalam pergerakan tanpa henti, di jalan raya mahupun di kota, koleksi ini menampilkan dua beg galas roll-top dalam fabrik getah khas, diinspirasikan daripada siri ikonik Corner Piquadro, serta tiga rekaan troli: dua dalam polikarbonat tahan lasak dan satu model aluminium premium edisi terhad yang hanya dihasilkan 300 unit bernombor.

Setiap perincian membawa DNA Ducati, termasuk warna berani, bentuk aerodinamik dan semangat bertenaga yang diharmonikan dengan keanggunan fungsi yang menjadi identiti Piquadro. Hasilnya bukan sekadar perkakas perjalanan, tetapi aksesori yang menjadi simbol kebebasan, gaya dan kuasa pergerakan.

Bagi Marco Palmieri, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Piquadro, projek ini adalah satu kebanggaan kerana menyatukan dua ikon dari ‘Motor Valley’ Itali, pusat kelahiran legenda automotif dunia. Manakala Claudio Domenicali, Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, melihatnya sebagai bukti nyata bagaimana 'made in Italy' diraikan, pertemuan sempurna antara keunggulan reka bentuk dan semangat inovatif kedua-dua syarikat.

Piquadro sendiri sudah lama dikenali dengan kolaborasi berprestij dalam dunia automotif, termasuk Lamborghini, Maserati dan pasukan Formula 1 Visa Cash App Racing Bull. Namun, bersama Ducati, kisah ini diteruskan dalam perjalanannya untuk membawa rekaan daripada Itali untuk berevolusi secara semula jadi, sambil mengekalkan kualiti dan fungsi yang menjadi identiti Piquadro.

Piquadro
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down