Hot boy summer! Calvin Klein memperkenalkan kempen denim terbaharu bersama Mingyu. Bintang kumpulan K-pop, Seventeen itu tampil bergaya dalam koleksi denim musim luruh 2025. Kempen kali ini diarahkan dan dirakamkan oleh Torso.
Kempen ini bukanlah yang pertama buat Mingyu. Bintang Korea Selatan berusia 28 tahun itu pernah sebelum ini membintangi kempen Calvin Klein pada tahun lalu. Dia yang juga merupakan duta Snickers hadir ke Kuala Lumpur dalam sesi jelajah bersama jenama bar coklat itu.
Dengan gaya santai namun penuh karisma, Mingyu menyerlahkan keinginan terhadap denim ikonik jenama ini dalam inspirasi era 90-an. Menerusi rekaan baharu yang diinspirasikan grafik berimpak, gaya tona seiring serta teknik layering memikat dengan padanan asas yang tidak dijangka.
Sebagai sorotan musim ini, denim baharu dengan cetakan CK Emblem ini menampilkan interpretasi semula monogram ikonik jenama. Corak cetakan yang menyeluruh dalam memberi sentuhan grafik moden pada seluar jeans dan jaket trucker. Rekaan ikonik 90s Straight Jean kembali dengan pilihan cucian vintaj dan gelap. Ini termasuk tona indigo yang diperkaya. Lantas, ia sesuai digayakan bersama kemeja butang longgar atau kemeja-t logo untuk penampilan santai dan moden.
Slim Jean dengan potongan kemas pula menampilkan siluet rapi. Ia boleh dipadankan sempurna bersama baju tank klasik dan windbreaker. Ini akan menghasilkan gaya berlapis yang penuh karakter. Sementara itu, Carpenter Jean direka dengan bentuk berstruktur dan inspirasi pakaian kerja. Manakala, 90s Taper Jean hadir dengan potongan rapi yang menggabungkan rekaan klasik dengan sentuhan kontemporari.