LANGGAN

Pilihan Rotasi Kasut Lelaki Era Kini

Item esensi, besar implikasi.
Published: July 9, 2025

Kasut, meskipun sering diabaikan dari segi implikasinya, tetap menjadi item asas yang melengkapi gaya harian, bagai dakwat dengan kertas. Setiap outfit boleh berubah sepenuhnya hanya dengan pertukaran kasut. Namun begitu, seperti yang sering kita lihat pada selebriti dan pempengaruh di media sosial, ini tidak bermakna anda perlu memiliki beratus pasang untuk tampak bergaya. Berikut adalah lima pilihan kasut rotasi versi ELLE untuk lelaki moden masa kini!

1. Sneakers Off-White

Warna putih sentiasa menjadi pilihan dalam pemakaian harian dan sering dijadikan sebahagian daripada busana kapsul. Namun, trend kasut putih "icy" yang dahulunya popular kini semakin digantikan dengan tona yang lebih lembut seperti warna krim. Ini merupakan pilihan yang lebih bijak kerana sifat semula jadinya yang tidak mudah kelihatan kotor berbanding putih cerah.

Sumber: Nike

2. Sandal Fisherman

ELLE cukup teruja dengan trend mikro fisherman! Sama ada untuk keluar bersama rakan atau bercuti hujung minggu, rekaan tenunan pada sandal ini memberi bukaan yang memastikan pengaliran udara yang baik. Ia hadir dengan aura santai dan laid-back, namun tetap sesuai dipakai pada waktu siang mahupun malam.

Sumber: Loewe

3. But Cowboy

Hear me out. Dengan kemunculan semula trend bohemian musim panas ini, but cowboy berjaya menggabungkan pesona desa dengan sentuhan kemewahan artisanal yang mudah disuai padan dalam gaya harian. Cukup dipadankan dengan jeans atau jorts untuk terus tampil bergaya tanpa usaha berlebihan.

Sumber: Coach

4. Sneakers Chunky

Siapa sangka sneakers chunky sesuai digayakan di luar gim? Reka bentuknya yang tebal menjadi pemberi statement yang mampu menaikkan seri penampilan dengan cukup mudah menjadikannya pilihan terbaik untuk anda yang ingin menonjol tanpa perlu berfikir panjang.

Sumber: New Balance

5. Loafers Horsebit

Sebagai rekaan yang cukup klasik, loafers hadir dalam pelbagai gaya namun pilihan yang mencuri perhatian ELLE adalah horsebit loafers. Siluetnya yang anggun, material kulit berkilau halus dan perincian logam bergilap melintasi vamp menjadikannya ringkas tetapi tetap menawan. Tidak hairanlah ia dianggap sebagai kasut klasik.

Dengan Gucci sebagai perintis, horsebit loafers asalnya direka sebagai penghormatan kepada akar ekuestrian jenama tersebut. Jadi, jika anda mencari inspirasi, pandangan seluas langit boleh ditemui di laman sesawang rumah fesyen ikonik ini.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down