Musim perayaan kembali dengan segala kehangatan, lampu berkelipan dan jemputan makan malam yang tak putus-putus. Tetapi di sebalik semua itu, satu perkara yang selalu menjadi teka-teki setiap tahun: apa hadiah terbaik untuk diterima (atau diberi)?
Jika anda seorang lelaki moden yang tahu apa yang anda mahukan, tidak salah untuk menghantar ‘wishlist’ kepada pasangan anda. Inilah 8 hadiah terbaik yang bukan sahaja menaikkan gaya peribadi anda, tetapi melambangkan kehidupan yang lebih teratur, sofistikated dan penuh karakter.

Seutas jam tangan yang kemas dan tak lapuk dek zaman. Ia menandakan disiplin, kelas dan keutamaan gaya tanpa berlebihan. Penggayaannya lancar dari pejabat ke makan malam hujung minggu.

Sneakers kulit dalam tona putih atau hitam adalah definisi gaya lelaki urban. Praktikal tetapi tetap mewah, sepasang kasut ini menaikkan aura effortless cool setiap kali melangkah.

Hadiah yang sangat peribadi. Pilih wangian bernota kayu, amber atau citrus bergaya moden... aroma yang menjadikan kehadiran anda sukar dilupakan dalam apa jua ruang.

Untuk lelaki yang sentiasa bergerak, fon kepala premium ialah pelarian mudah dari hiruk-pikuk dunia. Ideal untuk bekerja, bersenam atau sekadar menikmati muzik kegemaran anda.

Hadiah yang terus dipakai. Siluet ringkas, fabrik berkualiti dan rekaan serba boleh menjadikan jaket ini hero dalam setiap penampilan hujung tahun.

Compact, function-first dan sesuai untuk setiap rutin lelaki kota. Hadiah ini memastikan keperluan anda sentiasa dekat sambil menambah ‘edge’ pada penampilan harian.

Pembersih wajah, pelembap dan serum ringan. Tiga elemen yang menjadikan kulit anda lebih bersih, segar dan camera-ready. Hadiah yang menunjukkan anda seorang lelaki yang menjaga diri.

Teknologi bergaya yang meningkatkan hidup. Dari kecergasan ke notifikasi, smartwatch menggabungkan fungsi dan gaya untuk lelaki dengan jadual padat.