LANGGAN

BMW Motorrad Memperkenalkan BMW M 1000 RR Competition

Kuasa litar kini juga boleh dipandu dan bergaya di jalan raya!
Published: September 21, 2025

Dalam dunia permotoran berprestasi tinggi, hanya segelintir motorsport yang mampu mendefinisikan semula standard teknologi automotif dan aerodinamik. Superbike bukan sekadar soal kelajuan tetapi juga menghasilkan pengalaman tunggangan yang autentik di litar mahupun di jalan raya. Tahun 2025 menyaksikan satu lagi pencapaian penting apabila BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan BMW M 1000 RR Competition Baru iaitu sebuah simbol keunggulan motorsport yang dibina berasaskan warisan perlumbaan, namun disesuaikan untuk penunggang moden yang inginkan kuasa, ketepatan dan prestij dalam satu masa.

Kuasa Tiada Tandingan

Di sebalik aerodinamiknya, terletak nadi sebenar motor ini dengan enjin 999cc empat silinder sebaris yang kini menghasilkan 218 hp pada 14,500 rpm dan 113 Nm tork pada 11,000 rpm. Angka ini bukan sekadar statistik, ia juga diterjemah kepada pecutan 0–100 km/j dalam hanya 3.1 saat.

Segalanya disempurnakan dengan kepala silinder baru, injap titanium ringan, kotak udara lebih besar, serta sistem ekzos titanium penuh yang bukan sahaja menyalurkan kuasa tanpa sekatan tetapi juga menghasilkan deruman yang memukau setiap kali pendikit dipulas. Dan meskipun bertenaga buas, enjin ini tetap mematuhi piawaian Euro 5+, membuktikan bahawa kecanggihan BMW ini seimbang dengan kuasa dan efisiensi.

Kawalan Pintar Seperti Jurulatih Perlumbaan

Jika kuasanya boleh dikatakan ‘liar’, ini bermakna elektroniknya adalah tali kendali yang menjinakkan segalanya. Dengan Riding Modes Pro sebagai standard, penunggang boleh memilih daripada mod Rain, Road, Dynamic, Race, hinggalah ke tiga mod Race Pro yang boleh ditukar sepenuhnya.

Tambahan pula, teknologi Dynamic Traction Control (DTC) bersama Slide Control membolehkan anda mengawal drift keluar dari selekoh dengan penuh yakin. Sistem brek Race ABS Pro turut dilengkapi Brake Slide Assist, memberi kawalan terkawal ketika membrek keras dan meleret dengan gaya.

Eksklusif M Competition 

BMW M 1000 RR Competition hanya hadir dalam varian M Competition, sebuah pakej penuh gaya dan fungsi. Kemasan blackstorm metallic dengan aksen M menjadikannya tampak seperti roket karbon hitam.

Ia dilengkapi dengan:

  • M Carbon Package: penutup tangki, roda dan komponen lain dari gentian karbon matte.
  • M Billet Pack: tuil brek & klac CNC, perehat kaki baharu serta pelindung tuil brek.
  • M Endurance Chain: rantai tahan lasak dengan penyelenggaraan minimum.
  • M Carbon Wheels: lebih ringan dan lebih lincah.
  • M GPS-Laptrigger: untuk mencatat masa pusingan dengan ketepatan maksimum.

Tawaran Buat Peminat BMW Motorrad

Dengan segala teknologi, kuasa dan legasi perlumbaan yang dibawanya, BMW M 1000 RR Competition ditawarkan pada harga RM299,500.00 (atas jalan, tanpa insurans), termasuk waranti 3 tahun serta bantuan tepi jalan 3 tahun.

Melalui pelan pembiayaan BMW Group Financial Services Malaysia, pemilik boleh membawa pulang kenderaan ini serendah RM4,178.00 sebulan. Dan seperti biasa, program Service Inclusive, Warranty Extension serta pakej minyak enjin premium BMW Motorrad melengkapkan pengalaman pemilikan.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down