LANGGAN

Garmin Approach Z10 Mengubah Cara Pemain Golf

Sukan golf kini menjadi lebih menarik dan tepat dengan teknologi baru
Published: July 1, 2026

Golf sentiasa dikenali sebagai sukan yang menuntut ketelitian, strategi dan kesabaran. Namun, cara pemain membuat keputusan di atas padang kini semakin dipengaruhi oleh teknologi yang mampu memberikan maklumat lebih tepat dalam masa yang singkat. Selain jam tangan pintar dan aplikasi analisis permainan, penggunaan laser rangefinder kini menjadi antara inovasi yang membantu pemain memahami keadaan padang dengan lebih baik sebelum melakukan setiap pukulan.

Ketepatan Jarak

Garmin memperkenalkan Approach Z10, sebuah laser rangefinder kompak yang mampu mengukur jarak sehingga 350 ela dengan pembesaran enam kali. Dengan berat kurang daripada 180 gram, peranti ini cukup ringan untuk dibawa sepanjang permainan tanpa mengganggu pergerakan pemain.

Selain mengukur jarak, peranti ini turut memaparkan jarak ke bahagian hadapan dan belakang green. Maklumat seperti ini membolehkan pemain menilai pilihan pukulan dengan lebih tepat, sekali gus mengurangkan andaian ketika memilih kayu golf yang sesuai.

Integrasi Dengan Ekosistem Digital

Salah satu perkembangan menarik dalam teknologi golf hari ini ialah keupayaan peranti untuk saling berhubung. Melalui ciri Range Relay, bacaan jarak daripada Approach Z10 boleh dihantar ke jam tangan Garmin yang serasi atau aplikasi Garmin Golf.

Apabila sasaran berjaya dikunci, pemain turut dapat melihat gambaran visual yang menunjukkan kedudukan pin serta elemen lain di sekitar kawasan permainan. Pendekatan ini membantu pemain mendapatkan gambaran keseluruhan sebelum membuat keputusan seterusnya.

Memahami Keadaan Padang Dengan Lebih Baik

Cabaran di padang golf bukan sekadar menentukan jarak malah turut melibatkan faktor seperti perubahan elevasi dan bentuk muka bumi. Justeru, fungsi PlaysLike Distance mengambil kira perubahan ketinggian untuk memberikan anggaran jarak sebenar yang perlu dimainkan.

Dalam masa sama, ciri Dynamic Distance membolehkan bacaan jarak dikemas kini secara automatik apabila pemain bergerak menghampiri sasaran. Ini mengurangkan keperluan untuk melakukan ukuran berulang kali sepanjang permainan.

Direka Untuk Kegunaan Harian dan Pertandingan

Selain aspek ketepatan, kemudahan penggunaan turut menjadi keutamaan dalam pembangunan peranti moden. Approach Z10 dilengkapi pelekap magnet yang memudahkan penyimpanan pada kereta golf, selain fungsi Find My Rangefinder yang membolehkan pengguna melihat lokasi terakhir peranti melalui aplikasi Garmin Golf sekiranya ia tertinggal.

Bagi pemain yang menyertai pertandingan, Tournament Mode memastikan hanya data yang dibenarkan dipaparkan mengikut peraturan kejohanan. Hayat baterinya yang mampu bertahan sehingga setahun juga menjadikannya praktikal untuk penggunaan jangka panjang.

Data Tambahan Untuk Analisis Permainan

Melalui keahlian Garmin Golf, pemain boleh mengakses beberapa ciri premium yang memberikan analisis lebih mendalam terhadap keadaan padang. Antaranya ialah Green Contour Data, yang memaparkan arah cerun di permukaan green bagi padang golf terpilih.

Maklumat ini membantu pemain menganggarkan bagaimana bola akan bergerak selepas mendarat, selain memudahkan perancangan ketika melakukan putt. Aplikasi tersebut turut menyediakan imej udara beresolusi tinggi bagi lebih 43,000 padang golf di seluruh dunia, sekali gus memberikan gambaran yang lebih jelas tentang laluan permainan.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down