BMW Malaysia membuka tirai penghujung tahun dengan kempen ‘GO ELECTRIC NOW’. Satu inisiatif nasional untuk menggalakkan rakyat Malaysia beralih kepada mobiliti elektrik premium. Bermula 1 November hingga 31 Disember 2025, kempen ini menawarkan pelbagai keistimewaan dan insentif eksklusif untuk model elektrik terpilih di semua pengedar sah BMW di seluruh negara.
Selari dengan falsafah ‘Power of Choice’, barisan model elektrik BMW merangkumi pelbagai segmen. Antara yang ditawarkan ialah Sports Activity Vehicle (SAV) seperti BMW iX1, iX2 dan iX, serta model Gran Coupé dan sedan mewah seperti BMW i4 dan BMW i5 yang baru-baru ini diiktiraf sebagai antara dua kenderaan elektrik terbaik oleh Consumer Reports.



Setiap model dalam rangkaian elektrik BMW mengekspresikan Sheer Driving Pleasure. Ia menggabungkan pengendalian tepat, kuasa elektrik yang responsif serta teknologi sambungan generasi baharu yang menjadikan setiap pemanduan lebih pintar dan mengujakan.

Menjelang penghujung tahun, BMW Malaysia membuka peluang kepada mereka yang ingin beralih ke mobiliti elektrik dengan cara yang lebih mudah dan terancang. Melalui kempen ini, pelbagai kemudahan disediakan bagi memberi ketenangan minda kepada pemilik termasuk perlindungan insurans, program servis serta jaminan pembaikan.
Di samping itu, fleksibiliti dalam pelan pembiayaan membolehkan pengalaman memiliki kenderaan elektrik menjadi lebih realistik dan mudah dicapai bukan sekadar impian gaya hidup mewah semata-mata.
Kemudahan pengecasan kini semakin meluas dan tersusun, disokong dengan panduan pemasangan pengecas di rumah serta akses ke lebih 2,000 fasiliti awam di seluruh negara. Di samping itu, lebih 100 stesen pengecas BMW i dan MINI turut tersedia di kebanyakan pengedar serta lokasi rakan niaga. Perkembangan ini menandakan bahawa infrastruktur mobiliti elektrik di Malaysia kini berada di landasan yang kukuh.

BMW Malaysia terus memperkukuh kepercayaan pelanggan melalui pendekatan ‘Relax. We Care.’, iaitu sistem pemilikan menyeluruh yang merangkumi BMW Service Promise, BMW Proactive Care, dan BMW ConnectedDrive. Inisiatif ini memastikan setiap pemilik menikmati ketenangan minda dan pengalaman pemanduan tanpa gangguan di setiap peringkat pemilikan.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen GO ELECTRIC NOW, pelanggan boleh mengunjungi pengedar BMW terdekat atau melayari laman web rasmi www.bmw.com.my.

BMW Group ialah peneraju global dalam pengeluaran kenderaan premium. Syarikat ini terus memperkukuh strategi lestari yang merangkumi setiap peringkat daripada reka bentuk dan pembuatan hingga ke proses kitar semula. Pada tahun 2024, BMW Group mencatat kejayaan dengan penjualan lebih 2.45 juta kenderaan penumpang serta 210,000 motosikal di seluruh dunia. Pencapaian ini membuktikan komitmen jenama tersebut terhadap inovasi, prestasi, dan masa depan yang lebih hijau.