Sebagai seseorang yang gemarkan senaman dan gaya hidup sihat, ELLE sendiri pernah merasai first-hand betapa sukarnya mencari sumber protein yang berkualiti...memakan masa dan sering kali mahal. Apabila beli protein powder pula, rasanya macam... papan kapur! ELLE sangkakan itu cuma bahan jenaka, tapi malangnya, memang benar. Namun begitu, ELLE tetap percaya bahawa pemakanan dan gaya hidup sihat tak sepatutnya terhad kepada golongan “kaya” sahaja. Setelah beberapa tahun mencuba dan mengkaji, kini tiba masanya untuk ELLE spill all the secrets. Inilah cheat code yang ELLE sendiri himpun sebagai panduan buat semua gym bros di Malaysia!
The literal OG. Oatside adalah jenama susu oat buatan Malaysia yang cukup digemari ramai. Pelancaran susu oat tinggi protein yang dilancarkan Februari lalu telah menjadi all the rage di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina. 20g protein untuk RM6 adalah antara yang termurah dan paling berbaloi! Yang ELLE gemar juga adalah branding jenamanya yang mengintergrasikan produk, jenaka dan kualiti dalam satu masa.
kalori: 188kkal/250ml
protein: 20g
ELLE ingat kali pertama melihat nisbah kalori kepada protein bagi tuna dalam tin. Terasa bagaikan sudah hit the jackpot! Kalori yang sangat rendah dengan protein yang tinggi, inilah yang dimaksudkan dengan cheat code. Ia pilihan yang sangat ideal bagi sesiapa yang sedang membuat cutting atau lean bulking.
kalori: 120kkal/100g
protein: 30g
ELLE tahu apa yang semua fikirkan. "Such a basic answer." Tapi apa yang ramai lupa, dada ayam adalah antara protein yang paling versatile. Banyak resepi yang menggamit dada ayam dengan cara-cara kreatif. Contoh yang ELLE pernah lihatkan adalah untuk membuat snacks, pizza crust, veggie dumplings dan sebagainya. Tak perlu sentiasa makan ayam rebus dengan brokoli. Ingat, kita utamakan sustainability! Makan secara sihat adalah satu gaya hidup, bukan setakat untuk diet sementara.
Kalori: 170kkal/100g
Protein: 30g
Digelar ramai sebagai ultimate high-protein snack kerana sifatnya yang murah, rendah kalori, tinggi protein, dan vegan. Bagi semua yang tinggal seorang, edamame juga ada dijual dalam paket-paket kecil di kedai serbaneka. Cuma tinggal rebus sahaja!
kalori: 120kkal/100g
protein: 22g
Sebagai kata-kata terakhir, ingin ELLE ingatkan kepentingan merampaikan serat dalam makanan harian, terutamanya jika anda mengamalkan diet tinggi protein. Jangan lupa banyakkan sayur dan buah setiap kali makan. Good luck on your fitness journey!