Sempena ketibaan musim panas di Jepun, Nobu Kuala Lumpur mempersembahkan Natsu Matsuri Bento Box. Ia merupakan menu bermusim edisi terhad yang diinspirasikan daripada kemeriahan festival natsu matsuri. Ditawarkan sepanjang Ogos 2026, pengalaman gastronomi ini menggabungkan cita rasa autentik Jepun dengan sentuhan kontemporari Jepun-Peru yang menjadi identiti restoran tersebut.

Tersedia dari 1 hingga 31 Ogos 2026, set bento ini menyajikan susunan hidangan yang meraikan kesegaran ramuan bermusim. Ia juga menyerlahkan lagi ketelitian seni kulinari Jepun. Setiap sajian disusun bagi mencipta keseimbangan rasa, tekstur dan persembahan yang menyerlahkan karakter musim panas.
Pengalaman makan dimulakan dengan pilihan hidangan sejuk seperti Goma Tofu Tomato Miso, Sushi Cup Selections dan Morikomi. Ia menghimpunkan Salmon Tataki Salad, Ebi Kimizushi, Tamago serta Kanpachi Kelp Roll. Sajian kemudian diteruskan dengan hidangan panas termasuk Chuka Inaniwa with King Crab, Nobu Yuba with Wagyu Shortrib dan Grilled Unagi Daikon. Ketiga-tiga hidangan tersebut menampilkan gabungan rasa premium dan teknik penyediaan yang teliti.
Sebagai penutup, tetamu tentunya dihidangkan tiga pencuci mulut buatan tangan seperti Red Bean Doraiyaki, Watermelon Strawberry Ice Cream Monaka dan Chocolate Sata-Andagi. Kesemuanya melengkapkan pengalaman menikmati musim panas seakan di Jepun dalam setiap suapan.
Ditawarkan pada harga RM450++ seorang, Natsu Matsuri Bento Box menjanjikan pengalaman santapan eksklusif yang mengangkat keindahan tradisi Jepun. Dalam masa sama, ia turut mendapat sentuhan istimewa interpretasi moden Nobu Kuala Lumpur.