LANGGAN

Pengalaman Memiliki Pixel 10 Series Sebagai Gajet Harian Anda

The smartest phone abad ini!
Published: December 28, 2025

Selepas 10 generasi inovasi, Google kini memperkenalkan Pixel 10, Pixel 10 Pro dan Pixel 10 Pro XL  telefon pintar terbaru yang dikuasakan oleh cip Google Tensor G5 serta model AI terkini Gemini Nano. Gabungan ini menjadikan pengalaman penggunaan lebih peribadi, proaktif dan pintar berbanding sebelum ini.

Prestasi Pantas dengan Tensor G5

Apa yang pasti, kesemua model Pixel 10 dikuasakan oleh cip Tensor G5 iaitu cip paling berkuasa daripada Google setakat ini. Ia memastikan aplikasi dibuka dengan pantas, pelayaran web lebih lancar dan ciri AI berfungsi terus pada peranti tanpa menjejaskan privasi pengguna.

Paparan Lebih Cerah & Bateri Lebih Tahan

Pixel 10 Series hadir dengan paparan yang cerah untuk penggunaan yang lebih jelas sehingga 3000 nits untuk Pixel 10 dan 3300 nits untuk model Pro. Selain itu, telefon ini juga dilengkapi bateri terbesar dalam sejarah Pixel. Bateri yang mampu bertahan lebih 30 jam penggunaan dan sesuai untuk gaya hidup aktif seharian.

Bagi model Pixel 10 Pro dan Pro XL, pengguna turut menikmati pengecasan berwayar lebih pantas serta Pixelsnap iaitu sistem pengecasan tanpa wayar terbina berasaskan Qi2 magnetik.

Sistem Kamera Paling Berkuasa

Pixel 10 Series menawarkan sistem kamera tercanggih Google setakat ini dan disokong oleh AI:

  • Camera Coach – memberi panduan masa nyata untuk komposisi dan sudut terbaik
  • Add Me – memastikan semua termasuk jurugambar berada dalam satu foto
  • Best Take (Auto Best Take) – AI memilih ekspresi terbaik secara automatik
  • 50MP Portrait (Pro) – potret resolusi tinggi dengan perincian lebih tajam
  • Pro Res Zoom sehingga 100x (Pro & Pro XL) – tangkapan jelas walaupun dari jarak jauh
  • Low Light Boost di Instagram – video Instagram lebih cerah walaupun dalam keadaan gelap

AI Pintar untuk Kehidupan Harian

Pixel 10 Series dilengkapi pelbagai ciri AI yang menjimatkan masa:  

  • Gemini Live – berbual secara langsung dengan AI termasuk berkongsi kamera dan skrin
  • Magic Cue – cadangan pintar berdasarkan mesej, panggilan dan carian
  • Voice Translate – terjemahan masa nyata semasa panggilan telefon
  • Take a Message – tukar panggilan tidak dijawab kepada transkrip dan tindakan

Semua model Pixel 10 menerima ciri AI ini tanpa pengecualian.

Direka untuk Tahan Lebih Lama

Pixel 10 dibina dengan bahan kitar semula tertinggi dalam sejarah Pixel. Ia direka lebih tahan lasak terhadap jatuhan, calar, air dan habuk. Google turut menjanjikan 7 tahun kemas kini sistem, keselamatan dan Pixel Drops  menjadikannya pelaburan jangka panjang yang berbaloi.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down