LANGGAN

Satu Tekan, Pelbagai Rasa Bersama Nespresso!

Rasa yang berkepelbagaian kini berada dihujung jari dan di rumah anda!
Published: July 20, 2026

Budaya menikmati kopi di rumah kini tidak lagi terhad. Dengan perubahan gaya hidup yang semakin fleksibel, pengalaman menikmati kopi kini turut berubah. Pengguna juga semakin cenderung untuk bereksperimen dengan pelbagai rasa dan cara penyediaan, menjadikan setiap pengalaman kopi lebih peribadi dan kreatif.

Nespresso Vertuo Up!

Di sebalik perubahan budaya ini, teknologi turut memainkan peranan penting dalam menentukan bagaimana kopi disediakan dan dinikmati di rumah. Keluaran terbaru daripada Nespresso, mesin Vertuo Up direka untuk menyediakan kopi dalam masa beberapa saat selepas dihidupkan. Ia juga disokong oleh sambungan aplikasi pintar yang membolehkan pengguna mengawal saiz minuman, suhu serta menerima notifikasi penyelenggaraan mesin secara langsung.

Gabungan Rasa & Teknologi 

Teknologi Centrifusion™ yang digunakan turut menjadi asas kepada sistem penyediaannya. Kapsul diputar pada kelajuan tinggi ketika proses ekstraksi berlangsung bagi menghasilkan rasa yang lebih seimbang serta lapisan crema yang menjadi identiti kopi Nespresso.

Rekaan kapsul secara menegak memberikan dimensi baharu kepada mesin yang lebih kompak. Ia sesuai untuk ruang kediaman moden yang semakin minimalis. Selain itu, penggunaan lebih 70 peratus plastik kitar semula pada badan mesin mencerminkan usaha industri ke arah pilihan yang lebih lestari.

Dominasi Trend Kopi Sebagai Minuman

Dulu, espresso hitam menjadi pilihan utama peminat kopi. Hari ini ia menunjukkan kecenderungan yang semakin meningkat terhadap minuman berasaskan susu atau susu tumbuhan.

Menyedari perubahan ini, mod Coffee Creations pada Vertuo Up dibangunkan khusus untuk menghasilkan ekstrak yang lebih pekat. Dengan cara ini, rasa kopi kekal menonjol walaupun dicampur susu atau dituangkan ke atas ais. 

Dengan lebih 30 pilihan kopi Vertuo merangkumi enam saiz berbeza, pengalaman menikmati kopi kini lebih menyerupai proses mencipta minuman mengikut citarasa sendiri berbanding sekadar menyediakan secawan kopi biasa.

Sentuhan New Orleans Dalam Secawan Kopi

Turut diperkenalkan bersama pelancaran tersebut ialah kolaborasi antara Nespresso dan Blue Bottle Coffee menerusi NOLA Style Blend yang diinspirasikan daripada tradisi kopi sejuk New Orleans.

Campuran biji Arabica dari Brazil bersama sedikit Robusta premium dari Mexico menghasilkan profil rasa yang menampilkan nota bijirin dan karamel. Kehadiran chicory memberikan karakter yang lebih mendalam terutama apabila dipadankan dengan susu, khususnya susu oat.

Bagi peminat kopi ais, rasa yang lebih berani serta kandungan kafein yang lebih tinggi menjadikannya sesuai untuk penyediaan sejuk yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna Malaysia.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down