LANGGAN

Venu X1 Jam Pintar Terbaru Dari Garmin

Gabungan sempurna antara gaya, fungsi dan prestasi
Published: June 25, 2025

Garmin Malaysia secara rasmi melancarkan Venu X1, jam pintar ultrathin dengan rekaan hanya 8mm nipis. Ia menetapkan penanda aras baru dalam industri peranti boleh pakai. Paparan AMOLED 2-inci yang terang digabungkan dengan prestasi bateri tahan sehingga 8 hari dalam mod jam pintar.

Rekaan Nipis dan Bergaya

Menggabungkan kerangka belakang titanium dan crash-resistant sapphire, Venu X1 bukan sahaja bergaya dan tahan lasak, malah ringan untuk dipakai sepanjang hari. Rekaan yang berbentuk segi empat dengan bucu bulat ini turut dilengkapi dengan pembesar suara dan mikrofon didalam, membolehkan pengguna menjawab panggilan terus dari pergelangan tangan apabila disambungkan ke telefon pintar. Malah, jam ini mempunyai lampu suluh LED untuk meningkatkan keselamatan dalam suasana gelap.

Fungsi Pintar yang Menyokong Gaya Hidup Aktif

Ciri-Ciri Utama:

  • Paparan AMOLED 2-inci yang terang dan mudah dibaca.
  • Reka bentuk nipis 8mm dengan kemasan titanium dan kaca sapphire.
  • Tali nilon 24mm dengan sistem quick-release yang selesa dipakai 24/7.
  • Watch faces yang boleh disesuaikan untuk memaparkan maklumat seperti kiraan langkah, kadar denyutan jantung, altitud dan tahap kesediaan latihan.
  • Pilihan warna menarik seperti hitam dan moss.
  • Saiz font boleh dilaras untuk memudahkan bacaan notifikasi.

Ciri Pintar Tambahan:

  • Lampu suluh LED terbina untuk kegunaan waktu malam atau kawasan gelap.
  • Pembesar suara dan mikrofon untuk menjawab panggilan, memberi arahan suara seperti “mula larian” atau “set masa selama 5 minit”, tanpa memerlukan sambungan telefon untuk fungsi asas.

Harga Pasaran Di Malaysia

Venu X1 bakal dijual dengan harga RM3,479 dan akan mula dijual pada pertengahan Julai melalui laman rasmi Garmin.com.my, kedai rasmi Garmin, Shopee dan Lazada. Garmin terus komited dalam inovasi kesihatan dan kecergasan melalui teknologi boleh pakai yang direka untuk menyokong gaya hidup aktif dan sihat.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down