Mengangkat tema ‘Beat The Time’, ELLE Men Style Run membawa peserta menikmati pengalaman larian 5KM yang lebih santai dan meriah. Berlangsung di sekitar The Courts, KLGCC, acara ini menghimpunkan pelari, rakan artis serta rakan jenama dalam suasana penuh tenaga, bersempena bulan kemerdekaan.
Antara rakan jenama yang turut memeriahkan acara ialah Cortina Watch yang selari dengan tema masa ‘Beat The Time’. Sebelum larian bermula, 50 peserta terawal berpeluang mencuba kasut larian Brooks sebagai persediaan untuk larian 5KM.

Acara diteruskan dengan kata-kata aluan daripada Pengarang Urusan ELLE Men Malaysia, Ardi Irdewani, Ketua Pengarang, Sarah Hani serta Ketua Pegawai Eksekutif dan Penerbit Heart Media Group, Olivier Burlot. Para peserta kemudian mengikuti sesi pemanasan badan bersama pasukan Tribe sebelum bergerak ke garisan permulaan.
Sepanjang laluan 5KM, peserta berlari mengikut rentak masing-masing dengan bantuan pacer daripada Tribe. Kehadiran Ford Ranger Raptor turut menambahkan kelainan kepada suasana larian.
Sebaik tiba di garisan penamat, peserta melakukan sesi cool down sebelum menikmati Upbound Energy Drink. Suasana kemudian menjadi lebih santai apabila para peserta berkongsi pengalaman dan beramah mesra.
Kemeriahan diteruskan di NOA menerusi Matcha party bersama persembahan DJ Aleptrawaves. Peserta dan tetamu boleh berehat sambil menikmati makanan, minuman serta muzik selepas selesai berlari.
Bagi yang masih bertenaga, Kettlebell Challenge turut memberi peluang kepada peserta untuk menguji kekuatan dan ketahanan fizikal mereka.
Acara diakhiri dengan sesi cabutan bertuah dan pengumuman kategori khas, termasuk Best Dressed yang dimenangi oleh Zac Zac. Kategori ini menjadi antara tarikan utama kerana mengetengahkan identiti ELLE Men Style Run yang menggabungkan lari dan gaya
Lebih daripada sekadar larian 5KM, acara ini memberi ruang kepada peserta untuk menikmati pengalaman bersama komuniti sambil menampilkan personaliti dan gaya masing-masing.