Dikenali menerusi kandungan kreatif di TikTok, Mal Hamka kini melangkah lebih jauh dalam perjalanan seninya sebagai penyanyi dan penulis lagu. Single terbarunya, 'Sepi', mendapat sambutan hangat di media sosial dan menjadi titik penting dalam fasa baharu kerjayanya.

EM: APA YANG ANDA INGIN CAPAI TAHUN INI?
MH: Kalau boleh saya ingin melancarkan lebih banyak lagu sama ada dalam bentuk single atau mungkin sebuah album di masa akan datang dan saya juga berharap dapat membawa muzik saya menembusi pasaran Indonesia.
EM: TAFSIRKAN DIRI ANDA DALAM LIMA PERKATAAN?
MH: Saya rasa saya seorang yang agak pemalu tetapi happy go lucky, bercita-cita tinggi dan berjiwa muzik.
EM: SITUASI BAGAIMANA YANG AKAN MEMBUATKAN ANDA SAY NO?
MH: Saya akan cuba mengelakkan sebarang situasi yang membuatkan saya berasa tidak selesa tidak kira apa saja sebab perasaan itu akan membuatkan kita merasa janggal.
EM: SATU PERKARA BARU YANG ANDA INGIN PELAJARI TAHUN INI?
MH: Tahun ini saya mahu belajar bermain dram sebab saya sudah boleh bermain gitar dan piano, cuma dram sahaja yang belum dikuasai. Jadi sasaran saya seterusnya adalah untuk benar-benar mahir bermain dram untuk lebih mahir dalam bahagian alat muzik.

Penyelaras: Ardi Idewani dan Hafizan Mohd
Penataan Gaya: Muzammin Muzlan / Athirah Zahra
Fotografi: Azim Mahayudin / AMSTUDIO
Arahan Seni: Iera Nadzlim
Arahan Digital: Sri Azni
Temu bual:M. Ridhwan Sa’aya dan Nurhani Natasha
Grooming: Joey dan Ayang Kamell
Rambut: Olivia