LANGGAN

The New Class of 2026: Putera Adam

Disiplin dan semangat tinggi membawanya menguasai dunia permotoran sebagai pelumba profesional.
Published: March 2, 2026

Bermula daripada minat sejak kecil, Putera Adam kini mengukir langkah sebagai pelumba kereta profesional muda di bawah Lamborghini ST Europe. Dunia permotoran bukan sekadar minat buatnya, ia adalah disiplin hidup, cita-cita dan kerjaya yang dibina dengan fokus serta pengorbanan.

Putera Adam menyarungkan jaket daripada Coach

EM: APA YANG ANDA INGIN CAPAI TAHUN INI?

PA: Tahun ini, sasaran utama saya adalah untuk memenangi lebih banyak perlumbaan dan perlawanan. Dalam masa yang sama, saya juga ingin memastikan pencapaian akademik saya di London kekal seimbang dan terjaga.

EM: TAFSIRKAN DIRI ANDA DALAM LIMA PERKATAAN?

PA: Muda, berdisiplin, rajin, bercita-cita tinggi dan versatil.

EM: SITUASI BAGAIMANA YANG AKAN MEMBUATKAN ANDA SAY NO?

PA: Apa saja situasi yang boleh menjejaskan prestasi dan fokus saya ketika berada di litar perlumbaan. Jika ada sesuatu perkara yang berpotensi mengganggu konsentrasi saya, saya akan cuba elak sedaya mungkin.

EM: SATU PERKARA BARU YANG ANDA INGIN PELAJARI TAHUN INI?

PA: Saya ingin mendalami lebih lagi tentang cara untuk menyesuaikan diri di media sosial dengan lebih berkesan dan meningkatkan dedikasi dalam membangunkan personal branding saya secara konsisten.

Penyelaras: Ardi Idewani dan Hafizan Mohd 

Penataan Gaya: Muzammin Muzlan / Athirah Zahra

Fotografi: Azim Mahayudin / AMSTUDIO

Arahan Seni: Iera Nadzlim

Arahan Digital: Sri Azni

Temu bual:M. Ridhwan Sa’aya dan Nurhani Natasha

Grooming: Joey dan Ayang Kamell 

Rambut: Olivia

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down