Zairi Aziz hadir sebagai figura serba boleh dengan kelebihan tersendiri. Berbekalkan latar belakang seni mempertahankan diri serta pengalaman sebagai stuntman, beliau membawa dimensi fizikal dan disiplin yang jarang dimiliki, sekali gus memperkukuh kehadirannya dalam dunia hiburan.

EM: APA YANG ANDA INGIN CAPAI TAHUN INI?
ZA: Saya ingin menjadi seorang yang benar-benar multi-talented dalam bidang lakonan termasuk aksi, nyanyian, tarian dan pengacaraan.
EM: TAFSIRKAN DIRI ANDA DALAM LIMA PERKATAAN?
ZA: Berani, kreatif, kuat, positif dan yakin.
EM: SITUASI BAGAIMANA YANG AKAN MEMBUATKAN ANDA SAY NO?
ZA: Saya biasanya akan berkata tidak apabila melibatkan perancangan saat akhir. Bagi saya, perancangan yang baik sangat penting untuk memastikan kualiti kerja terjaga dan setiap komitmen dapat dilaksanakan dengan profesional dan teratur.
EM: SATU PERKARA BARU YANG ANDA INGIN PELAJARI TAHUN INI?
ZA: Saya teringin sekali untuk belajar bermain alat muzik. Saya tak pasti apa yang saya akan belajar tapi yang penting tahun ini saya akan cuba sesuatu yang baru.

Penyelaras: Ardi Idewani dan Hafizan Mohd
Penataan Gaya: Muzammin Muzlan / Athirah Zahra
Fotografi: Azim Mahayudin / AMSTUDIO
Arahan Seni: Iera Nadzlim
Arahan Digital: Sri Azni
Temu bual: M. Ridhwan Sa’aya dan Nurhani Natasha
Grooming: Joey dan Ayang Kamell
Rambut: Olivia