LANGGAN

'YANG TERULUNG' Menghormati Kecemerlangan Warisan dan Tradisi

Tema kali ini adalah penghormatan buat sejarah horologi.
Published: November 17, 2026

Keunggulan sepanjang zaman bukan ditekat dalam waktu yang singkat. Ia adalah tradisi atau warisan yang berusia dan seyogia dihormati. Lembaran ini berhaluan untuk menyingsatkan mata untuk bertumpu kepada keagungan serta keunggulan sesebuah ciptaan horologi.

warisan

Inspirasi Moonwatch, OMEGA Speedmaster 38mm tidak terburu mengejar zaman untuk berintegrasi dengan kebaharuan. Karakter ikonik dikekalkan, menghadirkan keyakinan yang tersisip dalam sifat klasik dan karismanya.

Kehebatan tradisi yang hadir dalam kesederhanaan. Alpine Eagle Lucent Steel daripada CHOPARD adalah simbol ketegapan dan keseimbangan – sangat ikonik, mentafsirkan sifat klasik seuatu kemewahan itu serasa kontemporari. 

warisan

Keunggulannya terletak pada pengekalan identiti dalam mencipta rekaan yang melawan konformis. FRANCK MULLER V50 REV3 AERO FACE 5N menyatukan siluet architectural bersama tri-axial tourbillon dan mengekspresikan visual tak tertandingkan. 

waris tradisi an

Revolusi ikonik masih berlanjutan menjadi buruan. RADO Captain Cook Over-Pole dengan kefungsian World Time tercipta untuk penjelajah dan membuktikan kehebatan tetap menyala biarpun memintas zaman. 

tradisi

G.O.A.T untuk prestasi! AUDEMARS PIGUET Royal Oak Offshore Chronograph merupa proportion yang sangat berani. Sifatnya yang distingtif lantas mengangkatnya sebagai jam tangan kronograf berteraskan kesukanan yang teramat ikonik. 

tradisi

Kekompleksan tak selalunya rumit pada penggunaan. IWC SCHAFHAUSSEN Big Pilot's Watch Perpetual Calendar 43 mempamerkan most celebrated perpetual calendar movement. Terbukti kecemerlangan teknikal masih memelihara stail. 

Teks: Ardi Idewani | Karya Seni Digital: Nabihah Nizam

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down