Setiap tahun, Hari Bapa memberi kita peluang untuk menghargai seorang bapa hebat yang telah mengajar kita banyak perkara dari pelbagai aspek. Tahun ini, lupakan hadiah yang cliché dan berikan sesuatu yang benar-benar menyerlahkan gayanya seperti pilihan cermin mata hitam yang penuh gaya dan serba guna. Checkout seleksi cermin mata eksklusif untuk empat jenis gaya bapa yang berbeza daripada pelbagai jenama terkemuka seperti Ray-Ban, Oakley dan banyak lagi dari Essilor Luxottica.
Untuk bapa yang menghargai kualiti berbanding kuantiti dan sentiasa tampil kemas tanpa berlebihan, cermin mata ini adalah pelengkap sempurna. Rekaan yang ringkas tetapi sofistikated menjadikan ia sesuai dipadankan dengan kemeja putih mahupun pakaian kasual.
Pilihan terbaiK:
Jika ayah anda suka mendaki, berbasikal, atau melakukan aktiviti luar atau lasak, cermin mata hitam berprestasi tinggi adalah hadiah yang ideal. Direka untuk bergerak, cermin mata ini menawarkan keselesaan, cengkaman yang baik, dan perlindungan mata yang hebat tanpa menjejaskan gaya.
Pilihan terbaik:
Untuk bapa yang suka menarik perhatian dan tampil menonjol, aksesori adalah salah satu kenyataan fesyen. Cermin mata dengan bentuk luar biasa dan rekaan ini memberikan sentuhan retro dan rebel yang elegan.
Pilihan terbaik:
Jika ayah anda jenis yang memilih gaya yang juga mesra alam, pilihan ini memang tepat. Cermin mata ini diperbuat daripada bahan berasaskan bio dan direka dengan kesan alam sekitar yang rendah, tanpa mengorbankan gaya moden.
Pilihan terbaik: