Bermula sebagai sebuah kedai kecil yang menjual kaca mata hitam di pantai Lahaina, Hawaii. Maui Jim menyimpan misi untuk melindungi mata daripada pancaran UV dan dalam masa yang sama, memperkenalkan keindahan pulau Hawaii ke persada dunia. Setahun selepas pelancaran koleksi pertama sebagai jenama di bawah Kering Eyewear, Maui Jim mempersembahkan koleksi ketiga kaca mata hitam PolarizedPlus2 yang dinamakan ‘Ekolu.
Koleksi ‘Ekolu dirumuskan khas untuk ekspresi dinamik buat peminat aktiviti luar. Dengan membawa maksud “tiga” dalam bahasa Hawaii, koleksi ini menggabungkan inovasi, warna dan warisan menerusi pengenalan bahan kanta baharu, Maui Ultra; dua kanta cermin moden, Hawaii Seashine dan Hawaii Glow; serta rekaan gaya retro yang diinspirasikan daripada arkib Maui Jim sendiri.
Maui Jim mencipta teknologi lensa PolarizedPlus2 yang digunakan pada setiap pasang kaca mata mereka. Menggabungkan filem terpolarisasi berkecekapan tinggi, ciri perlindungan UV dan rawatan penambahan warna bersama lapisan tambahan untuk meningkatkan ketahanan yang maksima, lensa PolarizedPlus2 menghapuskan silau dan melindungi 100 peratus daripada sinaran UV yang berbahaya. Lantas, ini menjadikan pengalaman aktiviti luar lebih selesa dan kesejahteraan untuk penglihatan visual. Dengan sokongan dari teknologi eksklusif ini, kata mata hitam Maui Jim dianugerahkan dengan Skin Cancer Foundation Seal of Recommendation kerana memberikan penapisan UV efektif untuk mata dan kulit sekitar.
Sebagai jenama yang berasal dari Hawaii, Maui Jim dipandu oleh penghargaan terhadap alam semula jadi. Untuk meneruskan tradisi sekian lama, setiap rekaan daripada koleksi ‘Ekolu membawakan nama Hawaii dan menampilkan kod ikonik jenama. Elemen tandatangan seperti Wavy Pattern yang menggambarkan alunan ombak laut; Hawaiian Native Pattern dengan rekaan geometri tradisional tekstil Hawaii; dan Slash yang menggambarkan pergerakan dinamik dalam logo Maui Jim, kesemuanya disulamkan untuk meraikan keindahan alam semula jadi.
Tambahan kepada unsur utama ini, koleksi ‘Ekolu juga membiaskan nilai inovasi, warna dan warisan. Selaku peneraju dalam inovasi melalui Maui Ultra ialah kanta ultra ringan, tahan lasak dan resolusi warna yang sangat terang. Dihasilkan di Itali, kaca mata ini memberikan persepsi warna yang sangat jelas dan beresolusi tinggi. Dan paling penting, ia direka daripada bahan tahan hentakan yang tiada tandingan.
Kaca mata Maui Ultra ini diperkenalkan melalui model Ho’okipa Ultra, evolusi sukan moden bagi rekaan ikonik dan best-seller jenama, Ho’okipa. Model asal Ho’okipa ini juga dihembuskan nafas segar dengan palet warna baharu yang menarik. Maui Brilliant, koleksi kaca mata MauiBrilliant buatan Jepun pula diperbaharui dengan perlindungan dalam keluarga produk Mask serta dua warna pada kaca mata baharu dalam siri Metal Brilliant. Direka untuk gaya hidup moden yang aktif, koleksi Mask menampilkan gabungan atletik dan sisi retro yang bergaya. Juga koleksi Hawaii Seashine yang sesuai dipakai dalam cahaya matahari yang terang, manakala Hawaii Glow pula sempurna digayakan dalam variasi cahaya yang pelbagai.
Sebagai jenama outdoor yang didedikasikan kepada inovasi dan warisan, Maui Jim terus menginspirasi pengalaman kaca mata warna untuk dunia luar. Tidak kira buat pencinta alam, pemburu pengalaman atau juga atlet luar arena, koleksi ‘Ekolu menyulamkan rekaan fesuen dan fungsi yang fokus kepada pemakai, sebagai persediaan untuk melangkah ke pengembaraan seterusnya.