LANGGAN

Louis Vuitton Dan Real Madrid Bersatu

Victory travels in Louis Vuitton
Published: June 16, 2025

Louis Vuitton menjadi penaja pakaian rasmi buat kelab bola sepak Sepanyol, Real Madrid untuk pasukan lelaki dan wanita, serta pasukan bola keranjang lelaki

louis vuitton real madrid

Louis Vuitton mengumumkan kerjasama rasmi dengan Real Madrid dan memperkenalkan koleksi Formal Wear dan Formal Travel untuk pasukan bola sepak lelaki dan wanita, serta pasukan bola keranjang lelaki. Buat pertama kali, Louis Vuitton menggunakan kepakaran ‘tailoring’ untuk para atlet. Ini meraikan pencapaian cemerlang mereka yang melampaui batasan stadium. Sambil meraikan semangat mengejar kecemerlangan yang menyatukan Louis Vuitton dan sukan elit.

Legasi Louis Vuitton dan Sukan Elit

Dengan menyatu legasi dengan Real Madrid, Louis Vuitton kini menjadi sebahagian daripada sejarah kelab paling berjaya. Ia telah menyatukan bakat luar biasa sejak tahun 1902. Selama lebih satu abad, keazaman Real Madrid dalam mengejar kecemerlangan telah mencipta rekod yang cemerlang. Lantas memperkukuhkan reputasinya di peringkat antarabangsa, dan menjadikannya salah satu kelab paling ikonik di dunia.

real madrid

Sebagai rakan rasmi acara sukan terbesar era ini – termasuk Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 serta Kejuaraan Dunia Formula 1®. Louis Vuitton telah meninggalkan jejaknya dalam dunia sukan elit dengan mencipta Trophy Trunks yang eksklusif. Ia dalam meraikan barisan juara pemenang pertandingan antarabangsa paling berprestij. Kini, selaku penaja pakaian rasmi untuk pemain serta wakil kelab, kerjasama ini mengukuhkan lagi mesej bahawa "Victory Travels in Louis Vuitton."

 “Real Madrid melambangkan kecemerlangan dan evolusi – sentiasa bergerak ke hadapan. Energi itu adalah inspirasi kami di Louis Vuitton. Koleksi pakaian ini direka untuk mencerminkan semangat tersebut – helaian yang membawa maksud, kekuatan, dan gaya.” - Pengarah Kreatif Lelaki Louis Vuitton, Pharrell Williams

Koleksi eksklusif Louis Vuitton x Real Madrid ini tidak tersedia untuk jualan. Tetapi beberapa model ikonik rumah fesyen dan perkhidmatan personalisasi Mon Monogram boleh didapati di butik. Atau secara dalam talian di louisvuitton.com

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down