Stray Kids Everywhere All Around the World. Slogan yang cukup bermakna buat kumpulan K-pop popular ini. Dan, ahli-ahli Stray Kids tidak terkecuali dalam terus mengukuhkan pengaruh mereka dalam arena fesyen antarabangsa. Kini, Seungmin menyertai keluarga global Burberry sebagai duta jenama terbaharu.
Seungmin menyertai ahli-ahli kumpulan Stray Kids sebagai wajah wakilan untuk rumah fesyen utama. Kumpulan Korea Selatan itu merupakan duta Tommy Hilfiger untuk rantau Asia. Mereka juga menjadi wajah untuk jenama-jenama ikonik secara individu. Felix adalah duta untuk Louis Vuitton. Hyunjin merupakan duta untuk Versace dan Cartier. Bang Chan pula terpilih sebagai duta Fendi. Dan, I.N adalah duta terbaharu untuk Bottega Veneta.
‘It is an honour to join the Burberry family. It’s an iconic British brand with a rich heritage, and I love that connection – I’m excited to be part of its future.’ - Seungmin
Penyanyi utama Stray kids ini antara nama baru yang menyertai keluarga Burberry. Sejak mula ditubuhkan pada 2018, kumpulan dengan lapan ahli ini menjadi kuasa baharu dalam ruang kontemporari muzik K-pop. Mereka menerima pelbagai pencapaian , termasuk Top Global K-pop Artist di Billboard Music Award 2024. Mereka turut mencipta sejarah tersendiri dengan menjuarai carta Billboard 200 melalui enam album yang debut pada tangga pertama.
‘We are excited to welcome Seungmin to Burberry. His passion and sense of style will make working together a lot of fun.’ - Ketua Pegawai Kreatif, Daniel Lee
Burberry senantiasa memilih individu yang hebat sebagai duta jenama mereka. Antaranya bintang Thai, Bright Vachirawit; pelakon Korea, Son Suk-ku; pelakon Hollywood, Barry Keoghan; dan pemain tenis, Jack Draper.