Kempen ini menampilkan sebuah filem yang penuh dengan elemen playful. I memberikan penghormatan kepada tradisi filem thriller Hollywood serta potret ekspresif Charles Melton yang dirakam di lokasi penggambaran. Bab terbaru ini membawa kempen ke arah yang baharu sambil menekankan kepelbagaian Soho Sneaker sebagai aksesori untuk ekspresi diri. Kandungan ini juga menyokong matlamat jenama Coach, 'Courage to Be Real'. Sebuah platform yang menggalakkan orang ramai menerima semua aspek diri mereka dengan keyakinan.
Filem ini diarahkan oleh pemenang anugerah, Alma Har’el (Honey Boy, Lady in the Lake). Proses penciptaannya merupakan kolaborasi antara Alma Har’el dan duta Coach ini. Dalam filem ini, dia sedang berlatih dialog di rumah untuk sebuah filem. Apabila dia menyedari kehadiran paparazzi di luar rumahnya, ia menjadikan batasan antara realiti dan fiksyen kabur.
Dengan pantas, dia memutuskan untuk menggunakan Soho Sneakers miliknya sebagai umpan kepada jurugambar tersebut. Sebelum secara diam-diam keluar melalui pintu sisi menuju ke keretanya. Di sana, sepasang lagi Soho Sneakers yang sudah dipakai sedia menantinya. Dinamik, penuh tenaga, dan santai, filem ini menggambarkan utiliti Soho Sneaker yang “Not Just For Walking”. Tetapi sebagai kasut yang menyokong pelbagai ekspresi hidup pemakainya.
Bab terbaru ini memperluas kempen Soho Sneaker daripada Coach. Pertama dilancarkan pada April 2025 dan menampilkan penyanyi dan rapper, Audrey Nuna; model, Giovanna Ramos; pemain bola keranjang kolej, Tahaad Pettiford; pemain WNBA, Satou Sabally; dan pemandu NASCAR, Toni Breidinger.
Diilhamkan oleh kasut cross-training akhir 1980-an dan awal 1990-an, Soho Sneaker memberikan gaya klasik ini nafas baru melalui lensa reka bentuk khas Coach. Ia diperkenalkan buat pertama kali pada pertunjukan fesyen Coach Musim Bunga 2025 sebelum muncul di butik-butik pada awal tahun ini. Kasut ini akan terus diperkenalkan dalam material dan warna baru apabila Coach meneroka gaya ini sebagai platform untuk ekspresi diri tanpa batasan.