LANGGAN

Kemunculan Semula BTS dalam Arena Fesyen Mewah

Kenali sorotan kedudukan setiap anggota BTS dalam dunia fesyen mewah dunia, selepas menamatkan latihan ketenteraan.
Published: July 23, 2025

BTS telah kembali, bukan sahaja daripada perkhidmatan ketenteraan tetapi ke pentas global K-pop dengan aura baharu. Dunia fesyen kini menyambut mereka semula seperti ikon yang tidak pernah benar-benar pergi selama hampir dua tahun. Daripada barisan hadapan pertunjukan fesyen sehinggalah langkah bergaya mereka di lapangan terbang, setiap kemunculan adalah peluang untuk cipta momen fesyen yang menginspirasi.  Inilah sorotan posisi setiap anggota BTS dalam dunia fesyen mewah dunia, selepas menamatkan latihan ketenteraan.

V

Baru sahaja menamatkan military service, V terus muncul di Minggu Fesyen Paris bulan lepas untuk pertunjukan Celine Musim Bunga 2026. Sebagai wajah rasmi jenama dari Perancis itu, kehadiran V, yang dikenali sebagai “visual” BTS, mencetuskan kegilaan dalam kalangan peminat dan pemerhati fesyen. Gaya rockstar V sangat serasi dengan identiti Celine yang cukup edgy.

Jin

Tidak lama selepas menamatkan perkhidmatan tahun lepas, Jin diumumkan sebagai Duta Jenama Global Gucci pada bulan Ogos. Selain Gucci, Jin juga menjadi wajah untuk Alo Yoga dan Fred Jewelry, menunjukkan versatilitinya daripada gaya aktif dan sihat kepada kemewahan Paris yang klasik.

j-Hope

Dikenali dengan gaya berani dan penuh tenaga, j-Hope masih lagi menjadi duta rasmi Louis Vuitton di bawah arahan kreatif Pharrell Williams. Sebagai penari utama BTS dan seorang ikon gaya, kehadiran j-Hope dalam kempen dan majalah fesyen baru-baru ini membuktikan bahawa dia lebih daripada seorang artis, malah figura fesyen sejati.

Jimin

Walaupun agak menyepi sejak kembali dari latihan ketenteraan, Jimin masih kelihatan memakai helaian dari Dior ke mana sahaja dia pergi. Walaupun tiada pengumuman rasmi terkini, peminat yakin kerjasama antara Jimin dan Dior masih kukuh. Gaya lembut dan elegan Jimin sangat sepadan dengan estetika mewah Dior. 

RM, Suga dan Jungkook

Sebelum menyarung uniform tentera, RM tampil sebagai wajah Bottega Veneta, SUGA menjalin kolaborasi bersama Valentino, manakala Jungkook mencetuskan fenomena global sebagai duta Calvin Klein. Kini, dengan ketiga-tiga baru sahaja menamatkan perkhidmatan, hala tuju fesyen mereka kekal menjadi persoalan. Tambahan pula, perubahan dalam pasukan kreatif beberapa jenama tersebut menjadikan masa depan kerjasama ini lebih sukar diramal. Namun, dengan pengaruh dan gaya peribadi yang tersendiri, kemunculan semula dalam dunia fesyen mewah pasti akan tiba.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down