LANGGAN

Timothée Chalamet dan Stail Athleisure Jaket 'Marty Supreme'

Simbol fesyen streetwear yang paling unexpected tahun 2025!
Published: December 28, 2025

Pada Hari Krismas baru-baru ini, filem ‘Marty Supreme’ arahan Josh Safdie ditayangkan dan hasilnya ternyata setanding dengan hype yang dibangunkannya. Timothée Chalamet membawa watak legenda tenis meja, Marty Reisman – seorang lelaki yang berani dan penuh karisma. Melihat Timothée membawa watak ini jelas terserlah keyakinan, pesona dan penguasaan diri yang begitu semula jadi.

Sudah tentu, cerita itu sendiri cukup untuk menarik perhatian dan dengan score sebanyak  95% di Rotten Tomatoes, para pengkritik juga bersetuju. Tetapi kempen pemasaran A24 adalah satu masterclass  dalam menjana momentum pop culture. Daripada panggilan Zoom spoof selama 18 minit hingga belon oren yang menjulang di bandar-bandar utama di Amerika Syarikat, setiap langkah direka untuk menangkap imaginasi penonton.

Namun, mungkin yang paling mencuri perhatian adalah jaket nylon berhud ‘Marty Supreme’. Dipakai oleh selebriti ternama seperti Kid Cudi, Justin dan Hailey Bieber, Tom Brady, Michael Phelps, Frank Ocean dan Stephen Curry, jaket ini menjadi simbol fesyen streetwear yang paling unexpected tahun 2025. Timothée sendiri memakainya dalam pelbagai warna sepanjang tour promosi global filem itu, menunjukkan keserbagunaannya dengan mudah. Pelbagai warna zip-up nylon digandingkan dengan seluar track yang sepadan yang mengimbas kembali pakaian persaingan Marty Reisman serta topi yang sepadan. Jaket ini direka bersama oleh Timothée dan stylist Taylor McNeill dengan kerjasama Studio filem A24 dan dihasilkan oleh label Doni Nahmias yang bertapak di Los Angeles

Doni Nahmias adalah jenama mewah yang sedang berkembang dengan identiti tersendiri. Diasaskan pada 2018 oleh pereka dan pengarah kreatif Doni Nahmias, label ini diinspirasikan oleh suasana kediamannya di Summerland, California. Estetiknya memadukan elemen santai dari budaya skate, bola keranjang, surf dan hip-hop, menghasilkan koleksi athleisure siap pakai moden dengan sentuhan gaya California.

Dalam dunia marketing ‘Marty Supreme’, jaket-jaket ini lebih daripada merchandise semata-mata. Ia merupakan satu pernyataan gaya di mana fesyen, filem dan budaya pop bertemu. Di bawah, lihat dengan lebih dekat beberapa jaket Timothée Chalamet sepanjang jelajah promosi filem ini.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down