LANGGAN

Fenomena DJ Coffee Shop

Ritma baru budaya kafe di Kuala Lumpur!
Published: August 21, 2025

Siapa sangka sebuah kafe yang sinonim dengan aroma kopi panas, bunyi mesin espresso dan suasana santai kini menjadi pentas DJ memainkan muzik rancak? Inilah fenomena baru yang sedang mencuri tumpuan ramai: DJ coffee shop yang trending bukan sahaja di kota-kota besar dunia, malah mula berakar di Kuala Lumpur.

Bean & Beats Coffee Club di Thailand

Budaya menggabungkan muzik DJ dengan suasana kafe bukanlah sesuatu perkara yang baru. Di Eropah, terutama di Berlin dan London, konsep ‘daytime parties’ atau party disiang hari sudah lama wujud. Muzik yang dimainkan juga berubah, daripada irama techno atau EDM yang rancak kepada genre lebih ringan seperti chill house, nu-disco, deep house atau lo-fi hip hop

AM Studio

Trending dan menjadi sambutan hangat! 

Konsep ini menjadi sambutan hangat kerana ia sesuai untuk semua lapisan umur. Suasana siang hari membolehkan pengunjung datang bersama keluarga, pasangan atau kawan-kawan. Dengan kopi yang menggantikan alkohol sebagai ‘mood booster’, ia menjadikan pengalaman ini lebih sihat. Acara seperti ini sangat ‘Instagrammable’. Rakaman DJ di sudut kafe sambil pengunjung bertepuk tangan dan vibing bersama pengunjung lain membuatkan content di media sosial menjadi ikutan. 

Fenomena di Kuala Lumpur

Di Kuala Lumpur, budaya ini mula mendapat tempat. Salah satu acara terawal yang menarik perhatian ramai ialah Coffee Rave di UP KL di Kenny Hills Coffee Roasters sekitar Mei 2025. Acara bermula seawal jam 10 pagi. Bersama DJ Pauly B memutarkan trek Afro house dan funky house yang cukup catchy.

Selain itu, beberapa kafe lain turut mula menganjurkan sesi DJ secara kecil-kecilan, antaranya yang sedang popular di media sosial adalah The Coach Coffee Shop, APW Bangsar. Menampilkan DJ tempatan dan membawa muzik yang santai, sesuai untuk sesi catch up bersama kawan atau temu janji hujung minggu. 

The Coach Coffee Club di APW Bangsar

Tidak ketinggalan juga kafe yang lain seperti Ocean Ground Coffee di Bukit Jalil dan House Blend. Selain daripada kafe, sesi DJ ini juga dibawa ke beberapa acara untuk menghiburkan pelanggandan untuk memeriahkan majlis.

Suasana di House Blend, salah satu kafe yang mengikuti trend ini.

Impak Kepada Industri Kafe

Fenomena ini bukan sahaja menjadi trend sosial, malah memberi impak positif kepada industri F&B. Ia menarik pelanggan baru yang mahukan pengalaman berbeza. Pada masa sama, ia memberi variasi kerana pengunjung cenderung duduk lebih lama. Fenomena ini juga membuka peluang kerjasama antara kafe dan komuniti DJ tempatan.

Namun, bukan semuanya mudah. Pemilik kafe dan DJ harus bijak memilih jenis muzik supaya tidak mengganggu pelanggan yang datang untuk bekerja atau berehat. Selain itu, ruang kafe yang terhad boleh menjadi cabaran bagi penganjur acara.

Re Coffee di Thailand

Pandangan Masa Depan

Jika melihat perkembangan sekarang, DJ coffee shop berpotensi menjadi gaya hidup tetap di Kuala Lumpur. Konsepnya seiring dengan generasi urban yang mahukan pengalaman sosial tanpa alkohol, suasana santai dan peluang berinteraksi dalam komuniti. Tidak hairanlah, semakin banyak kafe bersaing menjadi lokasi hip dengan acara DJ mereka sendiri.

Ocean Ground Coffee di Bukit Jalil
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down