LANGGAN

10 Tahun Legasi Nobu Kuala Lumpur

Jika anda mencari lokasi yang menyatukan kemewahan dan keikhlasan, Nobu Kuala Lumpur mungkin jawapannya dan Chef Hervé adalah nadi kepada perjalanan restoran tersebut.
Published: September 9, 2025

Apabila Nobu Kuala Lumpur menyambut ulang tahun mereka yang ke-10, ia bukan sekadar menandakan satu dekad operasi. Tetapi ia juga satu kisah tentang bagaimana sebuah jenama global mampu diserasikan dengan jiwa tempatan.

Bagi Chef Hervé Courtot yang telah bersama hampir 20 tahun dan kini mengetuai operasi di seluruh Eropah, Asia, Timur Tengah, Afrika dan Australia, kejayaan ini datang daripada kombinasi dua perkara iaitu bahan berkualiti dan pasukan yang berdedikasi.

"70% menu Nobu adalah sama di seluruh dunia, tapi selebihnya datang dari inspirasi tempatan. Di Kuala Lumpur, kita gunakan beras Sekinchan dalam masakan, tofu Oo Edo, pandan, ikan tempatan, bahkan coklat Malaysia untuk merai rasa Malaysia yang unik,” jelas Hervé."

Nobu Malaysia

Malaysia memang serasi dengan konsep Nobu kerana budaya makan yang berkongsi di sini sangat mirip dengan di Jepun. Walaupun restoran Nobu terkenal dengan fine dining, Hervé percaya kepada aksesibiliti dan adaptasi. Di Nobu, anda boleh berbelanja besar untuk sambutan atau makan ringkas di sushi bar. Kami sambut dan meraikan semua pelanggan secara sama rata.

Nobu kini mempunyai lebih 60 restoran dan 17 hotel di seluruh dunia. Tetapi menurut Hervé yang paling penting ialah mereka yang bekerja di dalam dapur kami. Nobu aktif memindahkan chef antara lokasi untuk berkongsi ilmu dan memberi peluang mereka berkembang. “Kalau staf bosan dan tak nampak hala tuju, mereka akan pergi dan tinggalkan kami. Tetapi apabila diberi peluang belajar dan berkembang mereka kekal dan terus bermotivasi.”

Walaupun sering kali bekerja di dapur-dapur mewah, Hervé lebih gemar makanan yang ringkas di rumah seperti semangkuk nasi atau keju dan segelas wain merah. Pelajaran paling besar sepanjang kariernya sudah pasti sikap rendah hati, satu nilai yang diwarisi terus daripada Chef Nobu Matsuhisa sendiri. Walaupun beliau sudah mencapai segalanya, dia masih bersikap sederhana dan sentiasa mahu belajar. Itu yang jadikan legasi perniagaan ini istimewa.

Selepas 10 tahun di Kuala Lumpur, semangat Hervé kekal tinggi. Baginya, makanan hanyalah permulaan. Yang penting ialah budaya yang dicipta, pasukan dan cerita di sebalik setiap pinggan makanan untuk tetamu kami.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down