
Di bawah sinaran M Resort & Hotel, malam fesyen paling berprestij tahun ini - ELLE Style Awards 2025 - menandakan ulang tahun pertama ELLE Malaysia dalam industri tempatan serta memperkenalkan bab baharu yang dinanti-nantikan: yakni pelancaran ELLE Men Malaysia. Acara yang berlangsung pada 19 November 2025 ini menghimpunkan lebih 300 tetamu dan kesemuanya tampil bergaya mengikut tema “Sharp & Tailored”.

Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan penuh inspirasi daripada Olivier Burlot, Ketua Pegawai Eksekutif Heart Media Group, diikuti oleh Sarah Hani Jamil, Ketua Pengarang ELLE Malaysia dan Ardi Idewani, Pengarang Pengurusan ELLE Men Malaysia. Kehadiran Valéria Bessolo Llopiz, Ketua Pegawai Kandungan untuk ELLE & ELLE Decoration, menyerikan lagi majlis dan menegaskan betapa pentingnya kehadiran Malaysia dalam ekosistem global ELLE.





Suasana malam bertambah rancak dengan persembahan memukau daripada empat bintang Malaysia: Wany Kyrie, Nadeera, NJWA dan Nabila Razali, masing-masing tampil dengan lagu hits yang menghidupkan suasana penuh glamor dan gaya. Hael Husaini malah membuat kejutan, mendendangkan lagu duetnya bersama Nadeera.
Sebagai penghargaan atas kerjasama yang indah, logo Vivo terpamer megah di atas pentas, mencerminkan peranan penting jenama tersebut dalam menyempurnakan visual dan naratif keseluruhan acara.
Tetamu-tetamu turut dibawa menerokai activation visual yang mempesonakan, termasuklah pameran covers isu ELLE Malaysia terdahulu dan kios majalah yang menjadi sudut foto kegemaran ramai. Di stesen moktel Evian, tetamu menikmati minuman khas yang dihidangkan secara eksklusif untuk acara ini serta ais krim daripada Häagen-Dazs.
Selain itu, tetamu turut menikmati pelbagai activation lain seperti pameran kereta Jaecoo serta peluang mencuba kerusi urut OGAWA untuk berehat seketika daripada riuh-rendah malam penuh fesyen. ELLE Furniture Lounge menjadi ruang santai yang elegan, menawarkan suasana tenang buat tetamu melepas lelah sambil menghayati keindahan acara.

Kemuncak malam ini sudah pasti pengumuman pemenang ELLE Style Awards Malaysia 2025, yang mengiktiraf individu-individu berbakat, kreatif dan berpengaruh dalam membentuk landskap fesyen dan budaya Malaysia.