LANGGAN

Lando Norris Mencipta Sejarah di Grand Prix Abu Dhabi!

Kemenangan berpihak buat pertama kali buat Lando Norris daripada pasukan McLaren!
Published: December 9, 2025

Menang kalah sudah menjadi adat dalam setiap pertandingan. Selepas setahun bergelut dengan tekanan, strategi dan detik yang hampir memadamkan harapan, Lando Norris akhirnya meraih pengakhiran gemilang bersama McLaren.

Norris akhirnya melakar sejarah sebagai juara dunia Formula 1 di Grand Prix Abu Dhabi, kemenangan pertama dalam kariernya. Kemenangan ini bukan sekadar trofi di tangan tetapi simbol perjalanan panjang bagi seorang pelumba dalam dunia F1 dan kini membuktikan dirinya layak berada di puncak.

Lando Norris menjadi juara untuk pertama kali

Perlumbaan Sengit Antara Pasukan yang Lain

Aksi di Yas Marina menyaksikan persaingan hangat antara pasukan elit seperti Red Bull, Ferrari dan McLaren.

  • Red Bull kekal agresif dilitar dengan Max Verstappen memberi tekanan berterusan. Namun Max kekal di podium pertama dengan kutipan 421 mata.
  • Ferrari menerusi Charles Leclerc mempertahankan pace konsisten sepanjang perlumbaan.
  • McLaren pula cuba mengatur strategi siapa yang bakal menjadi juara dunia di antara dua pemandu terbaik Oscar Piastri dan Lando Norris dan telah terbukti kemenangan berpihak kepada siapa. 

Kebangkitan McLaren dan Masa Depan Formula 1

Kemenangan Norris turut melakar babak baru buat McLaren. Selepas beberapa musim bergelut dengan ketidaktentuan, pasukan jingga itu kini kembali sebagai kuasa besar yang perlu diperhitungkan. Kereta yang lebih berkuasa dan strategi teknikal yang semakin tajam meletakkan McLaren dalam posisi ideal untuk kembali mencabar gelaran pada musim seterusnya.

Buat Lando Norris sendiri, kejuaraan dunia pertama ini bukan garis penamat tetapi permulaan. Dengan bakat yang semakin menyerlah dan pengalaman yang semakin matang, ramai menjangkakan Norris bakal menjadi figura utama dalam era baru Formula 1 sebaris dengan lagenda yang pernah mendominasi litar.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down