LANGGAN

Park Bo-gum Kini Duta Jenama OMEGA

Portfolio baru Park Bo-gum
Published: December 17, 2025
Park Bo-gum menyarung OMEGA Seamaster Planet Ocean yang baru

Aktor ternama, Park Bo-gum kini secara rasmi dilantik sebagai duta jenama OMEGA. Menerusi peranan terbarunya ini Park bakal membawakan visi jenama ini sebaris duta lain seperti George Clooney, Nicole Kidman, Eddie Redmayne, Naomi Harris, Daniel Craig dan Hyun Bin.

Raynald Aeschlimann, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif OMEGA, berkata, “Park Bo-gum ialah seorang pelakon yang sangat disayangi, dikagumi oleh penonton daripada pelbagai peringkat usia kerana pesonanya dan kemahiran lakonan yang cemerlang."

Tambahnya keberagaman bakat yang ada serta dedikasi terhadap seni lakonan menyatu sempurna dengan minat mendalam terhadap dunia arloji. Menerusi kempen perdananya, Park Bo-gum menyarung Seamaster Planet Ocean dengan dail biru. 

Park Bo-gum dalam ucap rasmi berkata “Pengalaman menyarung sendiri jam tangan OMEGA serta mempelajari sejarah dan seni ketukangan jenama ini meninggalkan kesan mendalam kepada saya. Ia menjadi satu penghormatan besar untuk dilantik sebagai duta dan berkongsi falsafah serta nilai-nilai OMEGA dengan dunia.”

Sejak membuat penampilan sulung dalam filem Blind pada tahun 2011, Park Bo-gum membina kerjaya yang penuh keterujaan. Ini termasuk lakonannya dalam drama seperti Reply 1988 (2015) dan Love in the Moonlight (2016) yang menerima pujian ramai.

Terkini penampilannya dipamerkan dalam siri Netflix When Life Gives You Tangerines yang menyaksikan kredibiliti lakonannya melalui watak yang menuntut ketahanan fizikal sebagai bekas juara tinju kebangsaan dalam drama Good Boy (2025).

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down