LANGGAN

Batas Ikon Amerika dan Tradisi Menyuguhkan Ilham Polo Ralph Lauren dan Purple Label

Polo Ralph Lauren dan Purple Label mendukung classic preppy, kesukanan dan serta aspek timeless.
Published: January 26, 2026
polo ralph lauren

Landskap pengalaman gaya hidup lelaki yang berbeza, yang menggarisbawahi sukma keindividuan dan kecerdasan dalam menyusun stail peribadi – diselami oleh Ralph Lauren, sebagai dialog inspirasi himpunan lelaki Polo Ralph Lauren dan Purple Label musim luruh/dingin 2026. Ralph Lauren mengerti benar budaya hidup lelaki, yang berantara daripada bernafas dalam alam bayangan semula gaya preppy dengan gaya elegan acuh tak acuh. 

Kota Milan menyaksikan perayaan kreativiti enam dasawarsa Ralph Lauren. Dan selama Ralph Lauren berkepanjangan mengagungkan stail Amerika untuk berdekad-dekad lamanya, ia merenda inspirasi classic preppy, dunia kesukanan serta aspek yang kekal sepanjang zaman. 

polo ralph lauren

Polo Ralph Lauren musim luruh 2026 berjinak-jinak dengan atribut jenama Ralph Lauren yang tidak pernah meranapkan sifat klasik Amerika dan tradisinya. Namun, menjambatani ia dengan kemodenan. Ucap Ralph Lauren sendiri, “Ketika bermula mereka pakaian lelaki, saya terpesona dengan tradisi yang tidak lapuk dek zaman, tetapi tidak pernah dibatasi olehnya.”

Menyelongkar gerobok Polo Ralph Lauren musim luruh 2026, tampilan yang dipersembahkan adalah padu padan yang tidak terduga, sementara asas yang berteraskan warisan masih tetap diraikan. Daripada brushed wool knits sehinggalah outerwear berteksturkan kuilt, kesemuanya disimbahi rona mewah dan proportions berani. Siluet relaks dan sofistikated menjadi pelukisan rekaan-rekaan kali ini. Melanjutkan bicara himpunan musim luruh 2026, aksesori-aksesori lelaki seperti rangkaian beg daripada Heritage Collection serta kasut but Alpine menjadi penyempurna gaya. 

polo ralph lauren
polo ralph lauren

Tafsiran persimpangan komitmen di antara terhadap bentuk, kefungsian dan keaslian mencerminkan prinsip rekaan himpunan Purple Label. Penumpukan Purple Label adalah mengimaginasikan semula American menswear dengan aspek sofistikasi relaks – seperti sport coat diolah dengan menggunakan material fine cashmere, kemasan double-faced dan outerwear mengutamakan setiap butiran atau perincian. Inilah rentak kemewahan Ralph Lauren yang berakar umbi pada keabadian gaya, yang beralas dengan ceritera menerusi setiap jahitan. 

Kurasi himpunan dua rangkaian ini menyambung gandingan bersama Neil Zarama (Chiricahua ApacheNation) yang memperlihatkan curahan ideanya pada rekaan gancu tali pinggang serta perhiasan perak bersulamkan batu firus. Kerjasama ini tercetus daripada bagian program Authentic Makers Ralph Lauren, yang mengundang gerombolan penggiat kraf warisan untuk berkreatif, menghasilkan produk dengan mengadaptasikan teknik tradisional. 

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down