
Kedai konsep terbaharu Bonia yang berlokasi di Pavilion Kuala Lumpur dimeriahkan dengan suasana penuh keterujaan. Pelakon dan model dari Thailand, Joong Archen membuat kemunculan yang dinanti-nantikan dengan menyaksikan kehadiran ribuan peminat yang menanti sejak awal pagi lagi. Kehadirannya juga menarik peminat dan pencinta fesyen untuk bersama-sama meraikan satu acara yang menggabungkan budaya kontemporari dengan ketukangan halus secara harmoni.
Dikenali dengan karisma tersendiri serta kepekaan gaya yang sofistikated. Joong Archen melambangkan semangat maskuliniti moden yang selari dengan falsafah rekaan Bonia. Di mana keyakinan hadir secara semula jadi, gaya terasa intuitif dan ketukangan kekal menjadi teras utama. Penampilannya menandakan detik penting dalam bab baharu jenama ini. Dia dibawa mengelilingi ruang butik, berinteraksi mesra dengan tetamu, serta menghayati sendiri naratif rekaan di sebalik konsep stor terbaharu tersebut.

Pelancaran ini turut diserikan dengan kehadiran peminat yang bertenaga, apabila tetamu jemputan memenuhi ruang dengan rasa ingin tahu dan keterujaan. Pengunjung dapat meneroka setiap sudut butik, mencuba pengalaman imersif yang ditawarkan, serta berkongsi detik tawa dan perbualan sepanjang hari. Atmosfera yang meriah ini menangkap semangat perayaan, mencerminkan sokongan dan minat tulen terhadap pencapaian terbaharu Bonia. Sekali gus mencipta pengalaman yang sukar dilupakan buat semua yang hadir.