Pada 13 Februari 2026, vivo Malaysia menayangkan filem pendek Tahun Baru Cina 'Unsaid, Still Felt'. Sebuah filem yang dirakam sepenuhnya menggunakan vivo X300 Pro. Filem ini membuktikan bahawa teknologi telefon pintar kini mampu menyampaikan naratif sinematik tanpa bergantung kepada peralatan produksi tradisional.

Penggunaan setup mudah alih memberi kebebasan lebih kepada pelakon untuk beraksi secara semula jadi. Dengan rakaman 4K 120fps 10-Bit Log dan kamera utama ZEISS Gimbal-Grade, filem ini menampilkan kualiti video profesional, menunjukkan bahawa alat bercerita berkuasa kini boleh muat di dalam genggaman tangan.

Filem ini menampilkan pelakon berpengalaman Jordan Voon Sow-Peng dan kreator komedi Alvin Zhang Xiao Zi (Teo Khai Ming), menggambarkan dinamika tipikal dalam keluarga Cina, di mana kasih sayang jarang dilafazkan tetapi dirasai melalui tindakan harian.
Sebagai sambungan tema filem, vivo Malaysia turut menganjurkan pertandingan fotografi 'Let Love Be Spoken'. Dengan itu vivo mengajak rakyat Malaysia merakam dan berkongsi perjalanan perayaan mereka sendiri, menekankan kehangatan dan cinta yang tersirat.