LANGGAN

The New Class of 2026: Azim Mahayudin

Kreativiti dari lensa kameranya mengukuhkan identiti sebagai jurugambar profesional.
Published: March 2, 2026

Berbekalkan kolaborasi bersama pelbagai jenama tempatan, Azim Mahayudin terus mengembangkan visi kreatifnya, seiring langkah AM Studio sebagai platform kolaboratif yang mendukung karya beridentiti dan berimpak dalam jiwa seorang jurugambar kreatif.

Azim menyarungkan jaket, kemeja dan seluar daripada UNIQLO. Beanie dan kasut milik penata gaya

EM: APA YANG ANDA INGIN CAPAI TAHUN INI?

AM: Saya sudah lama menyimpan hasrat untuk bekerjasama dengan lebih banyak majalah, terutamanya dalam penggambaran editorial. Selepas bertahun-tahun bekerja dengan jenama tempatan, saya rasa AM Studio dan pasukan kami sudah mencapai banyak kejayaan. Editorial memberi ruang untuk lebih berkarya dan menonjolkan kemahiran yang lebih luas, selain membuka peluang untuk pasukan saya berkembang bersama.

EM: TAFSIRKAN DIRI ANDA DALAM LIMA PERKATAAN?

AM: Berfikiran bisnes, analitikal, pencinta makanan, family oriented dan berwawasan.

EM: SITUASI BAGAIMANA YANG AKAN MEMBUATKAN ANDA SAY NO?

AM: Kalau saya perlu memilih kerja daripada quality time dengan keluarga saya. Di situ saya tahu di mana batasnya.

EM: SATU PERKARA BARU YANG ANDA INGIN PELAJARI TAHUN INI?

AM: Saya ingin mendalami lebih banyak perkara berkaitan pengurusan perniagaan dan kewangan. Walaupun saya seorang yang yang berlatar belakangkan kreatif, aspek kewangan tetap penting. Di situlah saya melihat perbezaan saya dengan kreatif lain. Selain itu, saya juga mahu menjadikan AM Studio lebih mudah diakses dan dikenali, terutamanya di media sosial.

Penyelaras: Ardi Idewani dan Hafizan Mohd 

Penataan Gaya: Muzammin Muzlan / Athirah Zahra

Fotografi: Azim Mahayudin / AMSTUDIO

Arahan Seni: Iera Nadzlim

Arahan Digital: Sri Azni

Temu bual:M. Ridhwan Sa’aya dan Nurhani Natasha

Grooming: Joey dan Ayang Kamell 

Rambut: Olivia

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down