LANGGAN

The New Class of 2026: Zairi Aziz

Bakat muda yang penuh semangat, Zairi Aziz ingin tampil menyerlah dalam industri hiburan tanah air.
Published: March 2, 2026

Zairi Aziz hadir sebagai figura serba boleh dengan kelebihan tersendiri. Berbekalkan latar belakang seni mempertahankan diri serta pengalaman sebagai stuntman, beliau membawa dimensi fizikal dan disiplin yang jarang dimiliki, sekali gus memperkukuh kehadirannya dalam dunia hiburan.

Kemeja-T, kemeja dan seluar daripada Levi's

EM: APA YANG ANDA INGIN CAPAI TAHUN INI?

ZA: Saya ingin menjadi seorang yang benar-benar multi-talented dalam bidang lakonan termasuk aksi, nyanyian, tarian dan pengacaraan.

EM: TAFSIRKAN DIRI ANDA DALAM LIMA PERKATAAN?

ZA: Berani, kreatif, kuat, positif dan yakin.

EM: SITUASI BAGAIMANA YANG AKAN MEMBUATKAN ANDA SAY NO?

ZA:  Saya biasanya akan berkata tidak apabila melibatkan perancangan saat akhir. Bagi saya, perancangan yang baik sangat penting untuk memastikan kualiti kerja terjaga dan setiap komitmen dapat dilaksanakan dengan profesional dan teratur.

EM: SATU PERKARA BARU YANG ANDA INGIN PELAJARI TAHUN INI?

ZA: Saya teringin sekali untuk belajar bermain alat muzik. Saya tak pasti apa yang saya akan belajar tapi yang penting tahun ini saya akan cuba sesuatu yang baru.

Penyelaras: Ardi Idewani dan Hafizan Mohd 

Penataan Gaya: Muzammin Muzlan / Athirah Zahra

Fotografi: Azim Mahayudin / AMSTUDIO

Arahan Seni: Iera Nadzlim

Arahan Digital: Sri Azni

Temu bual: M. Ridhwan Sa’aya dan Nurhani Natasha

Grooming: Joey dan Ayang Kamell 

Rambut: Olivia

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down