Musim perayaan ini, Onitsuka Tiger hadir dengan pilihan istimewa yang merangkumi kasut, aksesori serta helaian ready-to-wear, direka untuk menemani setiap langkah sepanjang sambutan Raya. Dengan gabungan warisan ketukangan Jepun yang ikonik dan pendekatan gaya kontemporari, koleksi ini menawarkan versatiliti yang mudah disuai padan untuk pelbagai momen daripada perjalanan pulang ke kampung sehinggalah ke kunjungan rumah terbuka bersama sahabat dan keluarga.
Musim kunjung-mengunjung menuntut gaya yang praktikal namun tetap kemas. Pilihan kasut daripada Onitsuka Tiger memberikan sentuhan moden pada penampilan Raya anda. Rekaannya yang minimal tetapi berkarakter menjadikannya pelengkap sempurna untuk bergerak dari satu rumah terbuka ke satu majlis yang lain tanpa mengorbankan keselesaan.
Bagi ramai, detik paling bermakna ketika Raya adalah perjalanan pulang ke kampung halaman. Untuk perjalanan yang lebih selesa dan bergaya, Onitsuka Tiger turut menampilkan pilihan pakaian yang cosy serta aksesori praktikal yang sesuai dibawa ke mana sahaja. Setiap helaian direka untuk memastikan gaya anda kekal kemas dari saat berlepas hingga tiba di destinasi.
Musim perayaan sentiasa bergerak antara tradisi dan gaya masa kini dan di sinilah Onitsuka Tiger memainkan peranan. Dengan rekaan yang versatil, setiap item dalam koleksi ini mudah disesuaikan dengan pelbagai gaya peribadi, menjadikan Raya bukan sekadar tentang apa yang dipakai, tetapi bagaimana setiap langkah membawa keyakinan dan karakter tersendiri.