LANGGAN

Balenciaga Perkenal Radar Sneaker

It's giving modern minimalism.
Published: April 1, 2026

Balenciaga sekali lagi mengubah landskap kasut mewah dengan pelancaran Radar Sneaker. Rekaan baharu yang terasa seperti datang dari masa depan. Lebih menarik, ini merupakan antara karya awal daripada Pengarah Kreatif baharunya, Pierpaolo Piccioli untuk rumah fesyen tersebut.

Mengambil inspirasi daripada teknologi “radar”, simbol kepada intuisi dan kepekaan, Radar Sneaker bukan sekadar kasut, tetapi refleksi gaya hidup moden yang pantas dan responsif. Siluetnya yang ultra ringan dan streamlined direka untuk bergerak seiring dengan tubuh, hampir seolah-olah menyatu dengan pemakainya.

Reka bentuknya menonjol dengan sistem double lacing yang melilit keseluruhan bahagian atas kasut, memberikan struktur unik dan visual yang berani. Tapaknya pula direka dengan cengkaman yang ‘melengkung’ ke atas, mencipta efek dinamik yang jarang dilihat dalam dunia sneaker mewah. Setiap elemen terasa teliti, daripada kemasan berstruktur hingga ke detail ikonik seperti logo 3B sport dan saiz kasut yang sengaja didedahkan sebagai identiti Balenciaga.

Apa yang menjadikan Radar Sneaker lebih menarik adalah keseimbangan antara fungsi dan gaya. Ia mengutamakan fleksibiliti, keselesaan dan versatiliti, menjadikannya sesuai dipakai dari gaya harian hingga ke statement fesyen yang lebih bold.

Tidak terhenti di situ, Balenciaga turut memperkenalkan versi Radar Ballerina, interpretasi lebih minimal dengan potongan rendah dan siluet lebih ramping. Direka dalam pilihan warna seperti greyscale dan baby pink di atas asas hitam putih, versi ini memberi sentuhan feminin kepada DNA futuristik Radar.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down