
Selama beberapa generasi, FIFA World Cup telah menghadiahkan detik-detik paling bersejarah dalam dunia bola sepak. Dan adidas sentiasa berada di tengah-tengah setiap momen tersebut. Daripada bola perlawanan ikonik hingga jersi kebangsaan legenda yang digayakan pemain terbaik dunia, adidas bukan sahaja membentuk permainan itu sendiri, malah budaya yang mengelilinginya.
Menjelang perjalanan menuju FIFA World Cup 2026™, adidas Malaysia membawa semangat yang sama ke Kuala Lumpur menerusi antara sambutan bola sepak terbesar pernah dianjurkan jenama itu. Mengubah kota raya menjadi pentas yang meraikan bola sepak, fesyen, kreativiti dan ekspresi peminat.
Sambutan ini bermula secara rasmi dengan adidas Drone Show. Ruang udara Kuala Lumpur diterangi dengan persembahan visual berskala besar yang dapat disaksikan oleh ribuan orang di seluruh bandar. Berlatarbelakangkan mercu tanda ikonik Merdeka 118 dan Stadium Merdeka, pertunjukan tersebut menggabungkan koreografi dron yang diselaraskan dengan cahaya dan pergerakan bagi meraikan semangat, emosi dan tenaga global bola sepak.
Menampilkan visual bertemakan bola sepak yang menghiasi langit malam. Daripada logo ikonik Three Stripes dan Trionda Official Match Ball FIFA World Cup 2026™, kepada jersi terbaharu, siluet pemain serta aksi pertembungan pasukan yang diinspirasikan daripada kemeriahan permainan global. Persembahan ini menandakan permulaan kempen adidas Malaysia. Sambil menyatukan peminat dalam satu detik penuh keterujaan menjelang pentas bola sepak terbesar dunia.
Dari ruang udara, sambutan kini beralih ke tengah kota menerusi Home of World Cup. Sebuah destinasi yang menggabungkan budaya bola sepak dan gaya jalanan menerusi pelbagai pengalaman interaktif. Juga penyesuaian produk, pertandingan permainan video serta aktiviti komuniti yang direka khas untuk generasi baharu peminat bola sepak.
Menjadi tumpuan utama ialah bola Trionda gergasi, bola rasmi FIFA World Cup 2026™. Bersama paparan khas yang menampilkan jersi pasukan kuasa besar bola sepak dunia termasuk Argentina, Jerman, Jepun, Mexico dan Sepanyol.
Pengunjung juga berpeluang untuk: