LANGGAN

Adidas Kembalikan Trefoil Ikonik Ke Pentas Piala Dunia

Jersi ‘away’ rasmi bagi FIFA World Cup 2026 diperkenalkan bersama simbol Trefoil buat pertama kali dalam 36 tahun.
Published: March 31, 2026
Adidas FIFA 2026

Untuk pertama kali dalam tempoh 36 tahun, Adidas membawa kembali Trefoil ke pentas terbesar bola sepak dunia dengan pelancaran jersey ‘away’ rasmi untuk FIFA World Cup 2026. Reka bentuk baharu ini diinspirasikan oleh estetika era 90-an, zaman terakhir yang menyaksikan Trefoil menghiasi kit bola sepak persekutuan.

Koleksi ini diperkenalkan untuk 25 persekutuan rakan kongsi, termasuk 13 negara yang layak ke Piala Dunia FIFA 2026. Daripada corak geometri hingga ke garis menegak,  setiap jersi menampilkan inspirasi unik setiap negara sambil mentafsir semula ikonografi klasik Adidas dalam pendekatan kontemporari.

“Mendekati Piala Dunia besar yang bakal berlangsung di tiga negara tuan rumah yang luar biasa, kami melihat ini sebagai detik paling tepat untuk mengembalikan Trefoil ke pentas terbesar dalam bola sepak dunia. Ini merupakan era penting dalam budaya bola sepak, di mana gaya kini melintasi pelbagai lapisan masyarakat dan sub-budaya yang lebih luas berbanding sebelumnya dan jersi menjadi representasi paling nyata bagi hal ini. Dengan itu, rekaan ini bukan sahaja memberi penghormatan kepada setiap negara, malah menawarkan semua peminat koleksi rekaan bola sepak yang boleh dipakai di padang mahupun di luar padang,” kata Sam Handy, Pengurus Besar Bola Sepak Adidas.

Daripada segi prestasi, Adidas menggabungkan teknologi terkini seperti CLIMACOOL+ yang membantu menyingkirkan peluh dengan lebih pantas serta memastikan pemain kekal kering dalam cuaca panas. Fabrik jacquard ringan pula memberikan kebebasan pergerakan di padang, manakala perincian tiga jalur ikonik di bahu dijahit dengan corak herringbone bagi meningkatkan pengudaraan dan keselesaan optimum.

Inspirasi Rekaan Beberapa Negara

Messi

Argentina: Menampilkan corak grafik biru berputar yang diinspirasikan daripada motif tradisional, dengan simbol Sol de Mayo di belakang leher sebagai lambang identiti negara.

Jerman: Corak chevron menyerong diolah sebagai rekaan keseluruhan dalam rona biru navy, digabungkan dengan palet rona dari era berlainan yang merujuk evolusi kit bola sepak Jerman dari era 1954 hingga 90-an.

Itali: Diinspirasikan oleh tailoring klasik Itali, jersi ini menampilkan corak biru dan putih seperti anyaman halus, diperkemaskan dengan perincian emas dan monogram ‘Italia’ sebagai simbol identiti.

Jepun: Grafik jalur 12 rona melambangkan kesatuan negara dengan garis menegak menyerupai hujan dan jalur merah di tengah sebagai simbol peminat, yakni nadi pasukan.

Adidas FIFA 2026

Mexico: Corak ‘Grecas’ yang berinspirasikan seni bina dan seni Aztec tradisional menghiasi keseluruhan jersi bersama frasa “SOMOS MÉXICO” yang melambangkan semangat dan perpaduan rakyat.

Sepanyol: Corak pyrite diinspirasikan daripada ilustrasi buku klasik, digandingkan dengan aksen emas dan burgundy serta tulisan ‘ESPAÑA’ dengan menonjolkan huruf Ñ sebagai penghormatan kepada bahasa dan budaya. 

Dapatkan jersi ini sekarang di www.adidas.com.my atau lihat sendiri secara langsung di stor Adidas terpilih.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down