LANGGAN

Tiga Jaket, Tiga Gaya: Pengalaman Milan Men's Fashion Week Bersama Universal Traveller

Modern Explorations
Published: July 16, 2026

Versatil, selesa dan bergaya, saya memilih tiga rekaan jaket Universal Traveller untuk melengkapkan gerobok fesyen ketika menghadiri Milan Men’s Fashion Week 2026. 

universal traveller

Menghadiri Milan Men’s fashion Week bukan sekadar soal menyaksikan koleksi terbaharu daripada rumah-rumah fesyen terbesar dunia. Ia juga tentang bergerak pantas dari satu lokasi ke lokasi lain, berjalan berkilometer di jalanan berbatu dan mengejar jadual pertunjukan fesyen. Serta pada masa sama memastikan penampilan sentiasa kemas serta relevan dengan cuaca yang sentiasa berubah. Sepanjang berada di Milan, saya memilih tiga rekaan berbeza daripada Universal Traveller.

Setiap rekaan menawarkan karakter tersendiri mengikut suasana dan keperluan harian. Daripada pagi yang dingin menuju pertunjukan fesyen, petang yang panas menikmati seni bina kota sehingga malam yang lebih nyaman. Setiap helaian memberikan keseimbangan antara fungsi, keselesaan dan gaya. Apa yang paling menarik, ketiga-tiganya cukup versatil untuk digayakan sepanjang tahun. Daripada musim sejuk sehingga cuaca sederhana pada musim bunga dan musim panas di Eropah.

Premium Cashmere Coat: Elegan Yang Tidak Lapuk Dek Zaman

Untuk momen yang lebih istimewa, tiada yang dapat menandingi keanggunan Premium Cashmere Coat. Kot ini bukan sekadar pakaian luar, tetapi simbol kemewahan yang bersahaja. Diperbuat daripada gentian kasmir premium yang berasal dari kawasan pergunungan Mongolia, Ladakh dan Tibet, material ini terkenal kerana kelembutannya yang luar biasa. Serta keupayaan memberikan kehangatan sehingga tiga kali lebih baik berbanding bulu kambing biri-biri biasa.

Walaupun menawarkan perlindungan daripada cuaca sejuk, fabriknya kekal ringan dan bernafas, menjadikannya selesa dipakai sepanjang hari. Potongannya yang klasik turut memudahkan ia digayakan bersama pelbagai jenis pakaian. Daripada sut formal sehingga gaya kasual dengan knitwear dan denim. Ia membuktikan bahawa kot musim sejuk tidak semestinya hanya sesuai dipakai ketika cuaca ekstrem. Sebaliknya mampu menjadi pelaburan fesyen yang boleh digunakan bertahun-tahun tanpa mengikut trend bermusim.

Gaya dan Sofistikated dengan Men's Wind Jacket 

Bagi hari-hari yang memerlukan penampilan lebih kemas, kot labuh menjadi pilihan utama saya. Potongan yang bersih dan minimalis memberikan siluet moden. Sekali gus menjadikannya mudah dipadankan dengan sut, seluar denim mahupun gaya smart casual ketika menghadiri pertunjukan fesyen.

Dihasilkan daripada fabrik kalis angin, kot panjang ini membantu mengekalkan kehangatan ketika berjalan dari lokasi pertunjukan ke stesen metro atau menikmati suasana sekitar Piazza del Duomo. Kolar berstruktur pula memberikan sentuhan yang lebih elegan berbanding jaket luar biasa. Perincian seperti butang hadapan dengan butang keselamatan di bahagian dalam memastikan kot kekal kemas walaupun ketika angin bertiup kuat. Pada masa sama, fabrik yang bernafas menjadikannya selesa dipakai sepanjang hari tanpa rasa terlalu panas.

Ringan, Praktikal dan Bersedia Untuk Apa Jua Cuaca

Apabila jadual menjadi lebih padat dan saya perlu bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain, Men's Wind Jacket menjadi teman terbaik. Rekaannya yang ringan memudahkan saya bergerak sepanjang hari tanpa rasa terbeban, sama ada berjalan kaki di sekitar Brera, menaiki tram atau beratur memasuki lokasi pertunjukan fesyen.

Walaupun ringan, jaket ini tetap memberikan perlindungan daripada hujan renyai dan angin. Fabrik yang bernafas memastikan badan kekal selesa walaupun selepas berjam-jam berjalan. Hoodie boleh dilaraskan mengikut keperluan, manakala zip hadapan penuh memudahkan pengudaraan apabila cuaca mula menjadi lebih panas. Beberapa poket tambahan pula cukup praktikal untuk menyimpan telefon, pas metro dan dompet ketika bergerak di sekitar kota.

Teman Pengembaraan Lelaki Moden

Di bandar seperti Milan, gaya dan fungsi perlu bergerak seiring. Ketika jadual penuh dengan pertunjukan fesyen, sesi temu bual dan eksplorasi kota, tiga rekaan daripada Universal Traveller ini membuktikan bahawa pakaian luar yang baik bukan sahaja melengkapkan penampilan, malah menjadikan pengalaman mengembara jauh lebih selesa.

Daripada Men's Wind Jacket Long Coat yang sofistikated, Men's Wind Jacket Hoodie yang praktikal sehinggalah Premium Cashmere Coat yang mewah, setiap satunya memenuhi keperluan berbeza seorang pengembara moden tanpa mengorbankan gaya. Koleksi ini kini boleh didapati di semua butik Universal Traveller, kaunter jenama terpilih, laman web rasmi Universal Traveller serta kedai rasmi mereka di Lazada, Shopee dan TikTok Shop.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down